Design Rumah Kampung Yang Dimodenkan

Saturday, February 27, 2016

Kalau dulu duduk kampung berumahkan rumah papan rumah kayu teringin nak duduk rumah batu. Tapi bila dah duduk rumah batu, teringin duduk rumah papan kayu pulak dah. Lumrah manusia, mana pernah puas dengan apa yang dia ada. kan! Teringin je la tapi dalam masa yang sama kena sentiasa bersyukur masih ada tempat berlindung.

Sekarang ni memang kurang nampak rumah papan kat kampung². Kebanyakkan dah upgrade rumah batu. Boleh kira berapa kerat je rumah papan. Papan dan kayu pun dah mahal sekarang. Itu antara sebab kenapa kurangnya rumah papan kayu. Bagi mereka yang cintakan rumah kayu, ada je yang sanggup beli walaupun mahal disebabkan ciri ciri rumah papan yang mempunyai nilainya tersendiri. Kebanyakkan rumah papan kayu yang dibina semula telah digabungkan dengan design moden. Fiza kongsikan kat sini sebab berkenan sangat dengan semua design yang ada. Boleh jugak bagi idea untuk mereka yang nak design rumah kat kampung tu.
















Paling Fiza suka design yang terakhir ni. Ala ala rumah jepun digabungkan dengan batu. Memang cantik. Rumah papan ni waktu siang memang agak panas sikit tapi bila sampai waktu malam sejuk betul. Apa yang bagusnya rumah kampung ni sebab mempunyai air ventilation system yang bagus. Mempunyai ruang ruang untuk angin keluar masuk secara semulajadi. 


6 comments

  1. sekarang pun dah ada rumah moden yang dikampungkan. hehe, suka jugak :) rumah batu tapi bukan direct tanah. advantage utk area banjir.

    ReplyDelete
  2. cantik betul rumah papan nie...


    blogwalking sini..
    JOm tambah ilmu mengenai kebaikkan sayur celery ni..

    http://www.biskutsemperit.my/2016/02/apakah-kebaikkan-memakan-sayur-celery.html

    ReplyDelete
  3. Klau ada tanah sendiri, duit pun berkepuk-kepuk, seronok nk mendesign rumah idaman. Berkenan nk buat rumah mcm ni..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.