Gambar Pernikahan Akim Ahmad dan Stacy

Friday, February 05, 2016

Tahniah untuk pasangan penyanyi Akim Ahmad dan Stacy yang telah selamat diijabkabulkan pagi ni bertempat di Shangri-La Tg Aru, Kota Kinabalu Sabah.


Stacy dan juga Akim selamat disatukan dengan mas kahwin sebanyak RM300 pada jam 10.15 pagi dengan dua kali lafaz. Mereka dinikahkan oleh Jurunikah Jabatan Negeri Sabah (JAIS) Tuan Haji Matlin Dimin berwakilkan wali abang kepada Stacy, Mohd Adam Hakimi Anam.

Cantik Stacy berhijab!
Sebelum ini, Akim telah memilih sebentuk cincin bertahtakan lima permata di sekelilingnya untuk diberikan kepada isterinya, Stacy. Katanya, corak itu dipilih bagi mengingatkan Stacy kepentingan solat dalam mengukuhkan ikatan perkahwinan mereka nanti. Semoga Akim dapat membimbing Stacy menjadi isteri yang solehah dan semoga perkahwinan mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Tahniah sekali lagi buat mereka. Cantik berseri seri pengantin mengenakan busana putih. Tengok gambar sekitar majlis pernikahan Akim Ahmad dan Stacy.







Sumber gambar dan maklumat dari rotikaya.com

6 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.