Pesta Musim Bunga di Eco Majestic Semenyih. Ala Ala Berada di Eropah!

Saturday, February 27, 2016

Nak rasa macam berada di Eropah masa musim bunga, datanglah ke Pesta Musim Bunga di Eco Majestic Semenyih. Pertunjukkan Pesta Musim Bunga ni dah bermula dari 13 Februari 2016 yang lepas sehingga 6 Mac 2016. Masih ada masa lagi kalau nak datang ni. Peminat bunga jangan lepaskan peluang ni datang sini.


Beratus-ratus jenis bunga dipamerkan di sini dan untuk masuk ke sini adalah PERCUMA. So bolehlah datang beramai ramai bersama keluarga ataupun kawan kawan memeriahkan lagi Pesta Musim Bunga ni.


Selain berpeluang melihat keindahan pelbagai jenis bunga, pengunjung berpeluang juga untuk bergambar di Eiffel Tower Perancis, Wind Mild Belanda, Pondok Telefon Merah Britain dan Umbrella Sky Portogal yang dibina dengan saiz berskala kecil ala ala berada di Eropah.

Korang boleh rasa pengalaman dari Paris ke Amsterdam selepas itu ke London hanya setengah jam je kat sini. Selain itu antara aktiviti menarik yang ada ialah membuat Chinese Paper Cutting, lukisan tanah liat, membuat kincir angin dan acara mencari harta karun.

Rasakan sendiri pengalaman yang korang boleh dapat di Season's Flower Show yang diadakan di Eco Majestic, Semenyih oleh pihak EcoWorld. Fiza pun baru plan nak pergi sini. Harap dapatlah merasa datang sini.
Operation Hours
Monday - Friday : 10am - 5pm
For Saturday & Sunday, please refer to below:-
27/2 (Sat) & 28/2 (Sun) : 10am - 5pm (last entry: 4pm)
5/3 (Sat) & 6/3 (Sun) : 10am - 8pm (last entry: 7pm)
Location
No. 1, Lingkaran Eco Majestic, Eco Majestic, 43500 Semenyih

Untuk maklumat lanjut : www.facebook.com/ecomajestic

6 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.