Macaroni and Cheese Paling Mudah Nak Buat

Tuesday, February 09, 2016

Pertama kali buat macaroni and cheese sebab nak rasa sedap ke tidak? Disebabkan penggemar cheese yang tegar, haruslah mencuba sendiri. Lagi satu sebab masakan western yang senang nak buat. Tak perlu nak menumis bagai.

Resepi Mudah Macaroni and cheese (Macaroni dan Keju)
Hidangan untuk 2 orang

Bahan Bahan
Macaroni 1 mangkuk
1 cawan susu segar
Cheedar Cheese ikut citarasa
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar mentega
sedikit garam dan lada sulah

Cara²
1. Rebus macaroni bersama sedikit garam
2. Toskan dan gaulkan dengan sedikit mentega ketika masih panas
3. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum
4. Kacau selama lebih kurang 1 minit
5. Masukkan susu sedikit demi sedikit
6. Kacau sehingga mendidih (berbuih)
7. Tutup api dan masukkan keju cheddar dan gaul rata sehingga semuanya sebati
8. Dalam bekas lain, masukkan macaroni dan sos cheese kemudian gaul rata.
9. Parutkan sikit cheese cheedar di atas hidangkan.

Siap! Fiza taburkan black pepper sikit baru sedap. Tapi untuk macaroni and cheese ni Fiza boleh makan sesudu dua je sebab cepat muak. Sudahnya Fiza buat sos carbonara pulak dan curah dalam macaroni and cheese ni baru leh habiskan. Budak budak mungkin sukalah kot  makan macaroni and cheese ni. Walaupun fiza penggemar cheese tapi untuk macaroni and cheese ni, cukuplah sekali ni je rasa.. Hehe. Mungkin terlalu banyak cheese kot!



9 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.