Kenapa Susah Nak Tidur Awal Tepat Pada Masanya?

Friday, February 05, 2016

Siapa yang tak teringin nak tidur awal kan. Dapat jugak tidur yang cukup dan rehat yang cukup. Tapi kekadang tu susah nak hadam tidur awal tepat pada masanya. Dah siap baring, baca doa dan tutup mata, tapi! Tak dapat tidur jugak. Ko dah kenapa? Marah pada diri sendiri.

Semua orang pernah alami masalah ni kan. Dok golek kiri kanan tak jugak lelap mata ni. Alangkah untungnya menjadi orang yang boleh tidur awal tepat pada masanya 'seperti orang mengantok disorongkan bantal'. Letak je, terus kroih krioh berdengkur! Penat sangat tu, tu yang sampai berdengkur. Tak dinafikan, kalau penat memang mudah sangat tidur. 


Antara sebab sebab Susah nak tidur awal tepat pada masanya

1. Dah tidur siang. Makanya malam memang susah nak tidur awal.
2. Terlalu banyak fikir
3. Sibuk main handphone sebelum tidur bila mengantok. Sudahnya leka main handphone, tidur lewat jugak
4. Sebelum tidur minum kopi
5. Perut Lapar
6. Tidak sihat
7. Stress
8. Ada masalah

Selalunya kalau Fiza susah nak tidur malam disebabkan dah tidur siang atau minum kopi. So kekadang kena elakkan tidur siang dan minum kopi sebelum tidur. Tapi kalau tak boleh tidur gak, buat kerja design. Memalam ada idea lebih sikit. So mungkin cepat mengantok bila buat kerja. Kira takde buang masa nak golek kiri kanan. Baik Fiza siapkan kerja mana yang perlu, kurang kurang boleh buat feel mengantok lepas tu. Hihi. Tapi kalau dah selalu sangat susah nak tidur tu memang ada penyakit Insomnia.
in·som·ni·a
inˈsämnēə/
noun
habitual sleeplessness; inability to sleep.
synonyms: sleeplessness, wakefulness, restlessness, inability to sleep

Apepun, cukupkan masa tidur untuk menjamin kesihatan yang baik dan juga menjaga kecantikan.

5 comments

  1. saya pun ada masalah ni. susah betul nak tido awal, bile tido lambat, lambat la bangunnya .. huhu..

    tapi sekarang dah ok dah, dah boleh tido awal & bangun awal

    ReplyDelete
  2. Kak kya pon ssh tdo kalau malam...siang pon tak tdo..mana ada masa nak tdo

    ReplyDelete
  3. ada jugak yang kata, nak bagi senang tidur malam tu kita kena penatkan diri masa siang. hehe sy selalu buat macam tu, macam contoh tu lah, jgn tidur siang :D

    ReplyDelete
  4. kalau cuti, nona tak risau tak leh tido awal, tapai lau dh bekerja, still susah tido....memang payah bagi diiru, esoknye konpemm penningg kot ~~~~

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.