Cara Tambah Banyak Akaun Instagram Dalam Satu Handphone

Wednesday, February 10, 2016

Satu berita baik buat mereka yang berniaga online melalui instagram sebab boleh tambah banyak akaun instagram dalam satu handphone sahaja. Dah boleh jimat kos untuk beli handphone lain dan boleh jimat masa sekaligus memudahkan kerja berniaga dan personal. Tak perlu guna software lain dah untuk tambah akaun instagram dalam satu phone.

Sebelum ni Fiza guna software kat PC untuk update instagram business, kemudian beli simkad lain guna handphone lama untuk update business kat instagram. Tapi sekarang sangat mudah kerja Fiza sebab tak perlu nak manage 2 handphone. Guna satu handphone je untuk update kedua duanya. Tapi bukan dalam masa yang sama lah. Sebab kena switching akaun. Tak susah mana. Susah lagi nak manage 2 handphone 2 akaun kan.

Cara untuk tambah akaun pun mudah je. Inilah features terbaru yang dinamakan 'Account Switching' yang boleh digunapakai bermula 8 Feb 2016. Untuk menggunakan sistem ni, pastikan handphone/gadget menggunakan apps instagram versi terbaru. Kalau belum update, update yang terbaru ye.

Starting this week, you can quickly and easily switch between multiple accounts on Instagram!
Go to your profile settings to add an additional account. From there, tap your username at the top of your profile to switch between accounts. Once you have multiple accounts added, you’ll see your profile photo appear in places throughout the app so you can always tell which one you’re using at the moment.
To learn more, check out the Instagram Help Center.
Account switching will be available as part of Instagram version 7.15 for iOS and Android.

Cara Tambah Akaun Instagram Dalam Satu Handphone


1. Log in akaun instagram >> Pergi ke bahagian profile>>Klik tetapan


2. Klik add account

3. Sign in atau sign up account (manage akaun seperti biasa)

4. Untuk masuk ke akaun lain>> klik pada sebelah kiri atas

Atau boleh log out terus

Sangat memudahkan kerja. Baguslah instagram ada features macam ni kan. Saya suka!

5 comments

  1. boleh start buat dah la...

    jemput singgah di Blog kita tau, kita ada buat GA...
    jangan lupe join, support & tolong sebarkan (^_^)

    ReplyDelete
  2. haha..satu pun dah cukup kot..yang ada bisness online tu mungkin bleh guna dua atau tiga

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.