200% Best Menginap di Hotel Riverside Boutique Guesthouse & Cafe Kuantan, Pahang

Tuesday, February 23, 2016

Selepas menjamu selera di Warong Paksu & Maksu, terus check in di Hotel Riverside Boutique Guesthouse & Cafe Kuantan, Pahang. Macam biasa dah booking awal menggunakan perkhidmatan agoda.com

Kamiorang pilih hotel ni sebab tengok design hotel ni nampak menarik dan review dari mereka yang pernah menginap di sini pun puas hati dan average rate Excellent 8.3 walaupun hotel bertaraf 2 bintang. Sedangkan hotel bertaraf 3-4 bintang pun cuma good je rate dia. So confirm pilih Hotel Riverside Boutique Guesthouse & Cafe.

Masa booking tu ada juga letak note honeymoon trip. Ingatkan ada extra decoration untuk honeymoon. But obso! Non hado! Lagipun just marking je bukan request. Jadi, takde pun okay je. Kotlah dorang nak buat surprise ke kan. Alhamdulillah keadaan bilik yang sangat selesa. Bilik pun cantik, bersih, kemas dan takde bau² yang kurang senang. Rasa nak baring bersenang lenang dok bilik je.

Cantik Dekorasi nombor bilik ni.


Deluxe Queen
Max Person: 2
Beds: 1 x queen size bed

Macam biasa kalau dah masuk bilik, haruslah ambil gambar bilik kan. Boleh jugak buat modal untuk entri blog. Paling best tidur kat tilam yang empuk dan comforter yang tebal berbau wangi tu. Buat rasa korang tak nak bangun tidur. Serius! Rasa nak baring je atas katil.


Kelengkapan yang biasa ada kat hotel hotel.
Room Features:
Air Conditioning
Wi-Fi
Bathroom
Toileteries
Hairdryer
LCD / Plasma / Flat-screen TV with ASTRO
Iron and Board (On Request)
Prayer Mat (On Request)
ALL ROOMS ARE STRICTLY NON-SMOKING



Astro channel yang ada.

Bilik air yang bersih dan design yang cantik.

Suka tengok lampu yang cantik ni. Nak deko lampu macam ni jugak kat bilik rumah. He he

Yang bestnya menginap di sini disertakan sekali sarapan. Dan menu sarapan ada western, local dan lain lain. Bukan buffet ye. Cuma perlu order je nak menu set yang mana. Dua dua hari sarapan Fiza pilih menu yang sama sebab tekak melayu kan lagipun kena makan berat sikit sebab nak jalan jalan.


Kopi kaw

Nasi lemak yang sedap. Licin kamiorang makan.

Yang menariknya lagi, ada ruangan bacaan santai yang cantik. Tak berkesempatan kot nak bersantai kat sini sebab balik hotel untuk rehat tidur je. Kalau bercuti lama lagi kan bagus!

Kalau korang bercuti ke Kuantan, trylah menginap sehari kat sini. Sure korang pun puas hati dan service pun tiptop. Sangat friendly. Suka suka suka!200% Best!

View waktu malam

Parking kereta kat depan hotel je. Jangan risau, ada guard jaga 24jam.

Hotel Riverside Boutique Guesthouse & Cafe Kuantan, Pahang

Website

www.riversidekuantan.com.my

Alamat
47, Jalan Teluk Sisek 
25000 Kuantan 
Pahang, Malaysia

Contact
(+60)9-513 8383 
Email Address

Facebook

6 comments

  1. puas hati tengok. walau pon bertaraf 2 bintang tapi everything nampak cantek dan selesa..suka tengok bilik dia.

    ReplyDelete
  2. wah, bagus jgk hotel ni.. ok tq bg review.. Insya Allah, dh ada 1 tempat dalam list nak pergi ;)

    ReplyDelete
  3. Insya ALlah...boleh jejalan kat Kuantan nanti & boleh lepak2 sana lak...
    dah ada port utk tido yg best!

    ReplyDelete
  4. cantikkkk..x mcm hotel 2 star pun..bape rm 1 mlm fiza?

    ReplyDelete
  5. menarik ni, fiza.
    tq for sharing.
    just utk aida, kena amik 2 bilik.
    anak2 dara da beso :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.