Ciri Ciri Hipster

Monday, February 22, 2016

Trend Hipster bukan sahaja telah menjadi trend di Malaysia malah dah menjadi trend di seluruh dunia. Tapi rasanya belum nak hadam lagi perkataan 'hipster' tu. Yang tahu hipster ni unik dan lain dari yang lain. Biasanya hipster yang ada kat Malaysia ni kita boleh nampak dari segi fesyen, accesories, dekorasi dan sebagainya. Sebenarnya banyak lagi kan tapi sebab Fiza tak tahu so itu je la pointnya.
Istilah Hipster biasanya diberikan kepada orang yang sering unik atau yang suka memilih untuk berjalan sendiri. Hipster akan membuat dirinya seunik mungkin dari segi penampilan, rambut dan gaya berpakaian. Anehnya golongan Hipster ini, jika mereka sudah popular, mereka akan menukar gaya mereka yang popular tersebut dan mencari gaya yang lain yang belum banyak diketahui orang lain.
Hipster mempunyai ramai peminat dan juga Haters. Hipster adalah suatu kata yang menggambarkan seorang anak muda, yang keadaan ekonomi dirinya berada di kelas menengah atas dan “anti mainstream”. Mereka tidak mainstream dari segi filem, muzik, fesyen dan kawan kawan.-toodia.my

Bukanlah penting sangat untuk tahu pasal hipster ni cuma apa yang menarik minat Fiza tentang hipster adalah segi nilai seninya, unik, rare dan limited edition terutamanya dalam dekorasi hipster dalam sesebuah tempat samada cafe, office, rumah dan lain lain. Suka betul tengok dekorasi hipster yang menarik yang bersifat vintage dan old skool.

Kalau dari segi fesyen, sah sah hipster ni untuk mereka yang kurus je kan. Tengok je la seluar dorang pakai tu, betul betul masuk kaki dan helok je pakai. Kan? Suka tengok jugak sebab dorang sentiasa menjaga penampilan supaya kelihatan smart selalu. Macam wak Doyok, jarang nampak wak doyok selekeh kot. Rambut, misai, jambang pun steady je  24jam camtu je.

Dari pencarian Fiza, nah ini dia ciri ciri hipster secara umumnya.

Ciri-ciri Hipster 

Gaya Rambut dan Pakaian

Lelaki Hipster biasanya sering tidak menyikat rambut mereka dan tidak ingin dilihat kemas dan bagi perempuan pula, mereka sering memakai tight kemana-mana. Inilah yang sering membuat Hipster itu terlihat Hipster kerana kita sentiasa dapat melihat mereka dari segi gaya rambut dan pemakaian mereka.

Muzik mereka ‘rare’

Ingatlah golongan Hipster ini unik, anti-mainstream jadi muzik mereka mungkin ada yang kita tidak pernah dengar. 

Kesimpulannya, Hipster itu unik dan “anti-mainstream”
Disebabkan trend Hipster yang unik memang boleh buat orang jatuh hati. Sesuatu yang menarik dan sesuatu yang positif untuk di ikuti. Takde salahnya.

Yang salahnya trend terbaru yang dah jadi viral sekarang ni iaitu trend raver.. Menari ala ala sotong atau penebar roti canai tu. Motif menari macamtu???


12 comments

  1. tq for sharing..hipster ok sangat dari trend raver tuh..pelik yg amat..haha

    ReplyDelete
  2. macam pelik kan...tapi mesti sotong bangga kn...hehehehe

    ReplyDelete
  3. br tau 2 3 ari lps..macam2 remaja skang..ahkak dh tuoo xleh nk followw..haha

    ReplyDelete
  4. afzal hipster. afzal suka makan megi sambil nyuruk2 dari Jasmeen. Jarang anak muda buat macam afzal ni :P

    ReplyDelete
  5. entah la zaman aku muda dulu tak pula kau terikut ngan zaman tu ... so mmg wajar kot aku pandang peling kat budak raver ni ...

    ReplyDelete
  6. Hehhe zaman loniii kan macam2 trend dah timbul..sekali tgk takut pon ada

    ReplyDelete
  7. suka jgk tgok bdk2 hipster ni. slalu tgok yg nerd je kat fak. kikiki

    ReplyDelete
  8. Haha.. true.. saya pun minat jgk dgn fesyen hipster ni.. takde la smart sgt tapi bagi sy mmg sgt simple.. haha.. hipster ada haters ? Haha, kebanyakan haters hipster ni adalah raver bangang tu.. hehe.. trend raver yg semakin meluas ? Alaahh biasa lah zaman sekarang nih.. bnde negatif byk jadi trend budak remaja skrang ni, contohnye merempit.. hihuhu..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.