Kenapa Perlu Balik Kerja Tepat Pada Masanya

Bekerja dimana mana, kerjanya memang tidak pernah habis dan jarang sekali dapat balik kerja tepat pada masanya. Dari pengalaman Fiza, memang pernah alami balik kerja bukan tepat pada masanya. Selain kerja banyak, nak siapkan kerja yang tak sempat siap supaya esoknya kurang sikit kerjanya. Memang tak dinafikan agak sukar nak uruskan masa untuk siapkan kerja. Ye lah kan, kekadang ada kerja lain pulak nak disiapkan. Selagi tak tutup mata (tidur) selagi tu asyik kerja kerja.

Kenapa Perlu Balik Kerja Tepat Pada Masanya? Sebenarnya balik kerja tepat pada masanya sangat bagus untuk menjamin kerja yang berkualiti, rehat yang cukup, masa yang berkualiti. Tapi kat Malaysia ni mana ada betul betul ON TIME balik kerja. Kan? Balik lambat, hadap jammed lagi sampai rumah dah penat. Rehat sekejap je, esok awal pagi dah pergi kerja semula. Kan penat tu.

Kalau ada yang boleh balik on time memang untung! Kekadang tu ada yang sampai takde masa untuk bersama family. Sedih kan macam tu.
Baca artikel ni

Kalau macam Fiza ni kerja sendiri lagi parah. Sentiasa bekerja je. Buat kerja rumah, buat design, blogging. Kesian kat diri sendiri. Tapi nak buat macamana, kalau takde usaha takde hasilnya. So buat kerja selagi termampu dan buat kerja sehabis baik. Alangkah seronoknya kalau semuanya boleh siap on time dan buat kerja on time. So kena pandai pandai manage masa lah jawabnya.


7 comments:

  1. wajib balik on time sebab takde sebab kena balik lewat! huhu




    JOM TENGOK LEBIH 100 BARANG2 KECANTIKAN DENGAN HARGA YG MURAH DAN PASTINYA ORIGINAL !
    https://www.facebook.com/produkkecantikanMG/posts/1726936100868945:0

    JANA PENDAPATAN PASIF DENGAN BLOG ANDA
    http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/01/jana-pendapatan-pasif-dengan-afflifycom.html

    ReplyDelete
  2. nampaknya PG pun dalam kategori leaving office late T_T
    kena berubah ni!

    ReplyDelete
  3. Betulll... On Time..
    Tapi kadang ada tugasan yang perlu diselesaikan, kadang ada meeting yg habis lambat..
    Tak kira gomen or swasta. Sama je kejenya.. :(

    ReplyDelete
  4. Memula dulu berkorban juga..
    Tapi bila dah terkena a few times dan dah berkeluarga terus amik tekad..
    Kerja 8-5 sahaja.. Siapkan semuanya dalam waktu opis sahaja..

    ReplyDelete
  5. saya pun kadang2 terpaksa kerja lebih masa walaupun kerja sendiri..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.