Bukit Gambang Waterpark Yang Acah Acah Best

Thursday, February 25, 2016

Seperti yang dirancang, hari kedua kamiorang gerak pergi Bukit Gambang Waterpark. Buat pertama kali kami sampai sini. Disebabkan bukan musim cuti dan kami pergi weekdays memang sunyi waterpark ni. Bolah di kira berapa ramai yang ada. Memang plan bercuti bukan waktu cuti sebab malas nak menunggu lama dan bersesak. Kira waktu yang sedang okay lah ni.


Nak beli tiket pun tak perlu beratur, dah kami je kat situ. Terus ke kaunter je la.
Tiket RM32 seorang untuk dewasa.
Sewa locker RM20
Sewa Double Tube RM12
Total RM96

Usung je la sana sini tube ni.


Ini pulak kawasan Coco Beach. Tapi kamiorang tak masuk kawasan ni sebab Fiza malas nak melalui kawasan pasir tu untuk ke beach ni. Kat sini macam ala ala tepi pantai gitu. boleh bersantai kat gazebo ni kalau tak kisah nak bayar sewa RM48. Agak mahalkan. So kami tak sewa pun. Simpan barang dalam locker je sudah.

Ada ramai jugaklah kat Coco Beach ni. 

Fiza ingatkan Gambang Waterpark ni besar rupanya takdelah besar mana. Permainan untuk aktiviti dewasa pun tak banyak. Ada yang ditutup. Ada yang takde lifeguard. Ada yang best pun tak sanggup nak usung tube bawak naik atas semula. Makanya cuba satu permainan sekali je la. Jadilah kan dapat merasa. Kecut jugak perut ni sebenarnya tapi beranikan diri.

Bila dah bosan, lepaking kat tempat kanak kanak tengok gelagat dorang. Itupun tak ramai. Betul betul sendu.



Sudahnya berulang ulang kali kami pusing peguin island duduk santai atas tube dibawa ombak ni.


Mandi manda sampai kembang kecut. Tapi kamiorang mandi tak lama. Dalam 2 jam lebih je kat sini sebab dah bosan juga lama lama kat sini .


Kira happy dan seronok juga mandi manda kat Bukit Gambang Waterpark ni walaupun acah acah macam best je nampak. :p

Bukit Gambang Resort City  

Bukit Gambang Resort City, 26300 Gambang, Pahang, Malaysia
Phone:+60 9-548 8000

10 comments

  1. saya dah pergi gambang waterpark 3 kali..pada saya best hehehe..walaupun penat nak panjat tangga main bagai2 kat situ tapi yg tu lah naik banyak kali sebab best hehehe..

    ReplyDelete
  2. pernah kursus kat sana. makanan memang best. naik 2 kilo sepanjang kursus 3 hari 2 malam. huhu

    ReplyDelete
  3. Jadilah tu Fizah..explore dan amik tahu yang penting..kalau orang tanya ada jugak idea jawapan nak bagi..hihi..happy honeymoon fizaidil :)

    ReplyDelete
  4. Tak pernah masuk sini. Last IM masuk tambun. Boleh la plan ke sini pulak :)

    ReplyDelete
  5. sya suka mandi kat kolam yg panjanggg tu. rasa puas + penat.

    ReplyDelete
  6. mungkin sebab weekdays kot..kalau ramai orang sikit mesti meriah.

    ReplyDelete
  7. bestnya honeymoon berdua.. fizah, ada tutorial masukkan video instagram dalam blog tak? maaf saya x tahu.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.