Dating di Teluk Cempedak

Wednesday, February 24, 2016


Alang alang dah dekat dengan Teluk cempedak dari Mini Zoo Taman Teruntum tu, memang rugilah kalau tak singgah kan. Acah acah dating kejap kat Teluk Cempedak. Kali terakhir jejak Teluk Cempedak zaman budak budak dulu. Baru ni nak jejak balik. Memang jauh bezanya suasana Teluk Cempedak dulu dan sekarang.

Sekarang dah ada trail yang cantik ni untuk berjalan dan menikmati pemandangan cantik di tepi pantai. Ombak kat sini kuat kot! Naik takut pulak ikut atas laluan jambatan ni. Sebelum nak ke laluan ni ada sekumpulan monyet monyet. Nak tak nak kena berani jugak lalu. Takut jugak kalau dorang melompat kat kita. Beranikan diri jugaklah.


Agak panjang jugak laluan jambatan ni. Sesekali berehat tengok pemandangan dan ambil gambar. Nasib lah awal awal Fiza dah siap siap pakai selipar jepun je. Senang nak berjalan jauh. Cantik kan view kat sini.


Angin sepoi sepoi bahasa dan bunyi ombak yang kuat. Best dapat menikmatinya.


Penghujung laluan ni ada pantai yang cantik. Kat sini tak boleh mandi, ada signboard. Tapi ada je pulak orang mandi. Sampai kat sini jalan jalan kejap je sebab dah nak maghrib. Lepas tu terus gerak balik hotel.


Singgah kuantan bolehlah singgah Teluk Cempedak ni. Kamiorang singgah kejap je. Kat sini ada banyak lagi yang menarik selain pemandangan yang cantik. Cuma Fiza tak sempat nak explore banyak. Tak cukup masa =__='


8 comments

  1. seronok kan bila skali skala layan view beach mcm ni...

    ReplyDelete
  2. subhanallah rindu bunyi ombak TC ... tempat dating akak dan suami hehehe. Ni yang teringin nak naik Kuantan ni :)

    ReplyDelete
  3. dulu rajin le detim ni ....
    lama dah tak dtg sini ....

    ReplyDelete
  4. wahhhh....lama dah tak pergi sini. last pergi masa study dekat matrik gambang dulu je

    ReplyDelete
  5. Masa sy ting.1 naik bukit pelindung dan turun ke Teluk Cempedak ikut satu laluan ni. Utk kelas geografi tak silap. Mmg syok lyn view pantai ni :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.