Setelah 2bulan lebih menggunakan foaming face wash Tea Tree The Body Shop, memang jatuh cinta dengan jenis foaming ni. Bila ada foaming a.k.a bebuih ni baru ada feel nak mencuci muka. Kesannya pun bagus, takde cik J nak keluar kat muka. Bila nak hampir habis ni macam decide nak try produk lain yang lebih ekonomi kononnya dan memberi kesan yang bagus.
Pilihan Fiza dah semestinya jenis foaming, natural remedy dan mudah nak bawak travel. Kalau untuk semua pilihan yang Fiza sebutkan, haruslah pergi ke Guardian Store. Guardian Store memang banyak produk natural remedy yang terbaik. Pada mulanya nak cari produk Garden of Eden. Tapi tak banyak pilihan, mungkin habis stok. So tengok tengok produk yang lain. Pilih punya pilih, terberkenan dengan produk Mentholatum Botanics Whitening Foaming Face Wash ni. Produk terbaru dari Mentholatum.
Tarikan utama adalah jenis foaming, pump, warna pink dan bau rose yang wangi (dari tester yang disediakan). Kandungan pun lebih sikit 10ml dari yang Fiza guna sebelum ni 150ml. So 160ml. Harga pun murah. Kira sangat berbaloi membeli. Apa yang menariknya lagi, korang boleh baca dalam gambar bawah ni.
Natural remedy tu yang penting.
Fiza suka dengan design botol ni selain warna pink tu. Pump botol ni ada lock dan open. Maksudnya kalau nak guna (tekan) boleh tolak mengikut anak panah tu. Kalau nak lock kekiri. So takdelah membazir kalau tersalah tekan, anak anak buat main masa mandi ke atau letak dalam beg masa travel ke kan. Kira pratikal juga sistem lock ni.
Bau Botanics Whitening Foaming Face Wash ni harum semerbak bau rose. Dah rasa macam masuk spa pulak macam aromatheraphy gitu. Sangat best! Rasa nak cuci muka selalu. Mahu tak habis cepat ni. Bebuih dia lembut senang nak mencuci dan lebih cepat menyerap. Lepas cuci muka, memang fresh. Lagi lagi basuh muka lepas bangun pagi memang best!
Bau Botanics Whitening Foaming Face Wash ni harum semerbak bau rose. Dah rasa macam masuk spa pulak macam aromatheraphy gitu. Sangat best! Rasa nak cuci muka selalu. Mahu tak habis cepat ni. Bebuih dia lembut senang nak mencuci dan lebih cepat menyerap. Lepas cuci muka, memang fresh. Lagi lagi basuh muka lepas bangun pagi memang best!
Korang patut cuba jenis foaming ni dan rasakan kesan yang terbaik. Setakat ni kesan dia memang bagus. Positive! Jenis foaming ni ada dua pilihan samada whitening atau oil & blemish (green colour). Untuk harga jenis foaming ni mahal sikit dari pencuci muka biasa iaitu RM22.01. Tapi itu masih di kira affordable lagi kan. Boleh di kira murah juga untuk produk botanics mentholatum yang terbaik.
Botanics keluarkan pencuci muka dan juga mask. Antara pilihan yang ada seperti dalam gambar di bawah. Hanya di Guardian Store sahaja ye. Tempat lain memang takde!
Untuk lebih jelas tentang maklumat produk, harga dan pembelian online boleh refer di link bawah ni.
semalam baru lepas jalan2 kat guardian...hehehehe
ReplyDeletemacam best je ni fiza..
ReplyDelete