Blogretis.com Portal Berita Tentang Blogger

Wednesday, February 03, 2016

Blogretis.com @ Blog Retis Official sebuah portal berita terkini tentang dunia blogger terutamanya Blogger Malaysia. Blog Retis Official telah mula ditubuhkan sejak tahun lepas lagi (2015) oleh Blogger Bro Framestone yang Fiza pasti korang semua kenal dan kini tambah profession sebagai Chef Char Kuew Teow yang berjaya Lampuneon Cafe Tg Malim.


Boleh dikatakan blogretis ni macam blog gossip kisah blogger. Tapi bukan gossip semata mata ye. Semuanya kisah benar yang sebenar benarnya sahaja. Jangan ingat retis a.k.a artis je ada gossip. Blogger pun ada gossip. Tak kisahlah blogger famous ke tidak. Yang penting, perkongsian cerita dalam blogretis tu boleh dimanfaatkan oleh blogger lain.

Apa Yang Menarik Dalam Blogretis.com

  1. Blogger Retis
  2. Kisah tentang blogger blogger
  3. Pendapat Blogger
  4. Luahan Blogger
  5. Tips dari Blogger
  6. Perniagaan Blogger
  7. Event Blogger
  8. Group Blogger
Dan ada bermacam macam topik menarik untuk bacaan santai blogger lain. Selain mengenali mereka yang hebat dalam bidang blog, perniagaan, kerjaya dan sebagainya, korang akan dapat sesuatu yang bermanfaat yang mungkin boleh dijadikan inspirasi dalam perjalanan dunia blog masing masing.

Tahniah buat Bro framestone, pengasas blogretis.com antara  blogger yang berjaya dalam dunia blog dan kerjaya. Keep it up!

Kalau rasa nak masuk dalam blogretis ni, jangan malu jangan segan contact Bro!

www.blogretis.com

8 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.