Mini Zoo Taman Teruntum Pahang

Lepas check ini hotel, berehat dan solat terus menuju ke Mini Zoo Taman Teruntum Pahang antara lokasi yang terdekat dengan hotel. Dah kenapa nak pergi Zoo? Eh tak boleh pulak? Kali terakhir jejak Zoo pun entah tahun bila kot. Jadi, mengisi masa datang sini untuk melihat haiwan haiwan yang ada. Boleh jugak menghiburkan hati dalam percutian ni kan. Masuk kat sini FREE je pun. 
Mini Zoo Taman Teruntum terletak berhadapan Kelab Golf Diraja Pahang berhanpiran dengan Teluk Cempedak.

Mini Zoo Taman Teruntum tak seperti Zoo yang biasa kita pergi tu. Kat sini kecil je sebab tu namanya mini. Zoo ni seperti dalam taman bukan macam dalam hutan zoo tu. Tempat ni lebih terbuka dan sesuai untuk aktiviti riadah/percutian keluarga. Tempat pun bersih.

Pertama sekali kitaorang melawat Miss Ostrich. 

Ostrich ni mengalami masalah keguguran bulu yang agak teruk. Macam nak togel je tengok. Kesian. Pulak tu macam nak kejar orang pulak. Haiph!!

Anak rusa ni sangat helok depan kamera. Pandai dia pandang kamera kan. Comel!

Tengok tanduk dia pun dah takut. Spesis lembu. Lupa sudah namanya.

Burung Helang Putih muka ganas.

Suasana di Mini Zoo Taman Teurntum ni agak sunyi dengan bunyi bunyian haiwan yang ada. Haiwan pun tak banyak dapat satu satu tempat. Ada yang takde haiwan dalam sangkar. Kalau ada haiwan kecil dalam sangkar pun susah nak mencari sebab dorang kecil dan suka menyorok. Nak main acah acah dengan dorang pun takde respon. Tak di layan. Bosan agaknya mereput dalam sangkar. Kamiorang pulak yang bosan tak di layan. haha

Cari punya cari, jumpa jugak pelanduk dua serupa ni. Kemain kecik nau!. Dah serupa macam daun kering tu ha.

Ni namanya tuntung kalau tak silap. Nampak macam dah tua sangat ni. Macam batu pun ada.

Iguana ni elok je bersantai kat kayu ni. Nampak ke tidak???

Susah nak ambil gambar burung Enggang ni. Tak reti duduk diam. Tu posing gaya apa tak tahu la.

Dalam lubang tu ada landak. Besar jugak landak ni. Ke Fiza tak pernah tengok landak yang sebenar? Haiwan yang sini semuanya suka menyorok. Pemalu agaknya! Memang tak dapat tengok dekat dekat lah jawabnya.

Kat sini pulak ada orang utan. Tak berapa nak nampak sangat ni.

Ada banyak lagi haiwan yang ada cuma tak banyak ambil gambar sebab ada yang pemalu sangat tak nak di ambil gambar. Buaya yang Fiza nampak cuma anak anak buaya je. Ular pun duduk dalam bekas kaca dan luarnya ada sangkar. Kalau nak ambil gambar tak berapa nak nampak.

Yang best kat sini boleh berjalan bebas dalam taman yang cantik melihat haiwan haiwan yang ada. Cuma yang tak bestnya takde show stage haiwan haiwan dan tak boleh berintekrasi dengan mereka secara dekat. Tapi kalau nak jalan jalan kat sini bawak family okay je. Budak budaklah paling seronok datang sini.

Guna waze je untuk datang ke sini atau boleh refer google maps

5 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.