Selamat Hari Wanita 2021 #choose to challenge #pilih untuk mencabar

Happy International Women's Day/Selamat Hari Wanita Antarabangsa @Internasional untuk para wanita di seluruh dunia. 8 Mac merupakan sambutan hari wanita sedunia.

Di Malaysia, Pertubuhan Penulis Isu-Isu Wanita (PenaWan) ditubuhkan bagi membela isu-isu Wanita melalui penulisan dan media, membina takungan, penulis pakar dan membuat jaringan.

Selamat Hari Wanita 2021

Visi PenaWan

Pertubuhan PenaWan sebagai pertubuhan NGO yang menerajui isu-isu pembelaan dan pengupayaan wanita.


Selain menghormati hak wanita, pada Hari Wanita Antarabangsa juga akan mengiktiraf sumbangan dan pencapaian wanita di seluruh dunia.

Tema Hari Wanita Antarabangsa 2021

Pada tahun ini tema Hari Wanita adalah #choose to challenge, #pilih untuk mencabar. Tema dipilih bagi mengangkat semangat juang para wanita yang tidak pernah mengenal penat lelah dalam mengharungi cabaran kehidupan.

Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga memilih “Wanita bangkit mendepani
cabaran.” PenaWan memilih tagline #pilihjatidiri untuk mengekalkan integriti dan maruah diri sama ada dengan mencabar atau dicabar bagi membuat perubahan dalam diri, masyarakat dan negara.

PenaWan menegaskan bahawa :
  • Kebangkitan wanita bukan untuk menjatuhkan lelaki dan setiap warganegara boleh memainkan peranan dalam membentuk kesaksamaan gender
  • Keseimbangan gender bukan semata-mata isu wanita, tetapi juga isu ekonomi.
  • Kesaksamaan gender merangkumi cara pelayanan yang saksama terhadap kelompok tertentu.

Diharapkan Hari Wanita Antarabangsa pada tahun 2021 ini lebih memberikan tenaga baru kepada
para wanita diluar sana. 

Semoga para wanita sentiasa memelihara integriti dan mempertahankan jati diri yang murni dalam dunia yang serba mencabar demi membangunkan Negara yang saksama, adil makmur dan sejahtera.

Ir Endok Sempo binti M Tahir
Pengerusi
Pertubuhan Penulis Isu-Isu Wanita Nasional (PENAWAN)

Ucapan Selamat Hari Wanita 

Wanita hiasan dunia,
Seindah hiasan adalah wanita solehah,
Yang akan membahagiakan,
Syurga di dalam rumah tangga,
“Selamat Hari Wanita”

Allah memuliakan wanita dan memberi ganjaran syurga kepada wanita yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T.

Wanita …
Anugerah terindah Tuhan,
Tegas dalam kelembutan,
Bijak dalam keayuan,
Tangkas dalam pekerjaan,

Selamat Hari Wanita Sedunia Teman …
Semoga menjadi bidadari syurga Illahi di negeri abadi nanti
Wanita Hebat itu Ibuku
Wanita Hebat itu Kakakku
Wanita Hebat itu Adikku
Wanita Hebat itu Nenekku
Wanita Hebat itu Isteriku
Wanita Hebat itu Saudaraku
Wanita Hebat itu Sahabatku
Wanita Hebat itu Guruku
Wanita Hebat itu Bossku
Wanita Hebat itu Doktorku
Wanita Hebat itu Jururawatku
Wanita Hebat itu Para Polis, Tentera & Bomba Negaraku
Wanita Hebat itu Pembantuku
Wanita Hebat itu

Selamat Hari Wanita kepada para wanita di seluruh dunia.

Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia 2021 kepada seluruh wanita.
Wanita adalah aspirasi negara dalam memacu pembangunan ekonomi, pendidikan dan kesejahteraan masyarakat.

Wanita waja negara,
Suka dan duka, kita laluinya.

Demi masa depan anak yang dibuaikan,
Dengan kasih kasih sayang kita bangkit semua.

Selamat Hari Wanita Sedunia 2021
Wanita Bangkit Mendepani Cabaran
Wanita Untuk Dikasihi dan Dilindungi

Selamat Hari Wanita Sedunia 2021
Wanita Bangkit Mendepani Cabaran

The strength of a woman can carry the weight of the world. Keep Smiling and Stay Strong
Happy International Women’s Day 2021

Terima kasih buat isteriku yang selalu korbankan kasih sayang untuk kita sekeluarga. Semoga dirimu sentiasa diberkati, dirahmati dan dilindungi Allah.
Selamat Hari Wanita.

Wanita diciptakan istimewa, tetap kuat dan gagah walau hampir lelah.
WANITA BANGKIT MENDEPANI CABARAN

Ada yang dapat LINK KFC PERCUMA sempena hari wanita harini melalui whatsapp? Katanya tu adalah SCAM. Entah iya entah tidak.

sumber :  penawan | malaysiagazette | theinspirasi


21 comments:

  1. waa tema this year choose to challenge eh ? hmmm nak challenge apa eh ?
    malam nanti sblm tidor nak fikir heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa betul.
      Selamat berfikir dan berjaya menyahut challenge :)

      Delete
    2. atie tido awal hahahahahaa tak sempat nak fikir haha

      Delete
  2. selamat hari wanita sedunia fiza! esok akak sambung blogwalking ek! hahahahha

    ReplyDelete
  3. Ye mmg scam tu.... KFC pun dah keluar kenyataan

    https://dinein.kfc.com.my/scam-alert

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak share link sekali. scammer ni tak pernah insaf menipu orang.

      Delete
  4. Selamat hari wanita. Mari bangkit mendepani segala cabaran.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dijadikan sebagai wanita.. Berbanggalah kita menjadi wanita.. sebab ada yang dilahirkan lelaki tapi teringin nak jadi wanita.... Huhu.. Selamat Hari Wanita kepada semua wanita besi di dunia ini... Moga yang baik baik saja datang dalam kehidupan...

    ReplyDelete
  6. Wanita mmg kuat dan tabah.. selamat hari wanita fiza :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.