Resipi Semperit Perisa Tembikai Susu dan Resipi Semperit Unicorn Viral 3 Bahan

Semperit susu, kuih/biskut raya paling mudah buat tapi yang mudah ni lah saya tak pernah cuba buat. Sedih betul tak pandai buat kuih raya. Cara buat kuih semperit 3 bahan je katanya. Ye, betul! Dari resipi semperit susu 3 bahan yang viral tu, macam tu lah. 

Ternampak pulak semperit perisa tembikai susu viral. Eh, ada ye susu krimer manis tembikai susu? Saya baru tahu! Terasa jakun pulak tengok susu krimer perisa tembikai susu. Lagi jakun bila ada semperit perisa tembikai susu.

Resipi Semperit Perisa Tembikai Susu

Macamana entah rasa semperit tembikai susu tu ye? Macam kena buat kalau nak rasa. Tuan punya resipi hanya kongsikan bahan-bahan dia je. #perisa_tembikaiSusu

Bahan-bahan Semperit Tembikai Susu

250 gram buttercup/planta
1/2 cawan susu saji tembikai susu
4 cawan tepung jagung
Sedikit ceri utk hiasan.

Kredit: Lie Ya

Jadi, macamana cara buat kuih semperit 3 bahan ni? Saya kongsikan sekali resipi semperit unicorn 3 bahan ni. Bahan-bahan dia sama cuma sukatan dan perisa susu je berbeza. Jadilah boleh lah ikut cara buat semperit susu 3 bahan mengikut resipi di bawah.

Resipi Semperit Unicorn Viral 3 Bahan

Semperit susu 3 bahan
100g buttercup
100ml susu pekat
250g tepung jagung

Cara buat Semperit Susu 3 Bahan

1. Mula mula ambil buttercup 100g. Kan dah ada siap-siapa sukatan tu. Just potong dekat line yang kita nak. 50gx2.

Cara buat Semperit Susu 3 Bahan-Step1
2. Masuk susu pekat 100ml

Cara buat Semperit Susu 3 Bahan-Step2
3. Kacau sebati.
Tak perlu guna mixer, nanti kembang sangat. Pakai sudip  dan Penyek-penyek butter bagi mencair dengan susu.

Cara buat Semperit Susu 3 Bahan-Step3

4. Kacau sebati, tapi jangan lama-lama ye. Sampai jadi mcm ni je. Nak elak kan adunan kembang masa bakar nanti.

Cara buat Semperit Susu 3 Bahan-Step4

5. Masuk tepung jagung (250g) dan uli sebati.

Cara buat Semperit Susu 3 Bahan-Step5
6. Sampai adunan jadi macam ni.

Cara buat Semperit Susu 3 Bahan-Step6

7. Bahagi 3 bahagian kalau nak buat color-color unicorn. Gunakan acuan piping icing sebab tak ada acuan samperit pecah 15.

Cara buat Semperit Susu 3 Bahan-Step7

8. Buat mcm ni sebelum masuk acuan.

Cara buat Semperit Susu 3 Bahan-Step8

 9. Kejadian sebelum bakar. Bakar pada suhu 150 darjah celcius dalam masa 20minit. Api atas bawah.

Cara buat Semperit Susu 3 Bahan-Step9

Hasilnya selepas dibakar. Rasa dia crunchy kat luar, manis-masni susu cair dalam mulut.

Resipi Semperit Unicorn Viral 3 Bahan

Mudah bukan? Dari apa yang saya baca, kalau adunan keras berderai tu boleh tambahkan buttercup bagi lembut sikit doh tu. So far yang komen semua menjadi menggunakan resipi semperit 3 bahan ni.

Saya saja bagi nama unicorn sebab penggunaan warna tu macam unicorn. Comel dan cantik. Simpan dan kongsikan kat sini senang nanti nak cuba buat resipi biskut semperit mudah 3 bahan dan rangup ni.

Boleh lah cuba buat dan practise untuk siapkan kuih raya nanti.

Kredit : Syafida Azlin 

11 comments:

  1. cantiknya
    sy=uka semperit klasik
    yg susu ni lum penah buat lg

    ReplyDelete
  2. Uishh first time ni dengar susu krimer tembikai susu then semperit perisa tembikai susu jugak. Tak pelik ke rasanya hahaha

    ReplyDelete
  3. Saya sendiri tak pandai buat biskut raya. Nampak senang tapi salah sikit je kuih tak jadi. Fizah nak try ke? Good luck

    ReplyDelete
  4. Favorite Ai masa raya. Jaga-jaga rumah yang ada semperit tu. Tapi Ai panggil ni kuih dahlia.

    ReplyDelete
  5. Cantiknyaaaaa Unicorn tuh! Unik unik eh kuih.. Nice... hahaa

    ReplyDelete
  6. indah betul kejadiannya...entah bila la nak rajin buat cookies sendiri..

    ReplyDelete
  7. Sedap semperit ni. Tapi tu la, setiap kali raya beli main tunjuk je. Hehe. Semperit tembikai susu tu agak menarik untuk dicuba.

    ReplyDelete
  8. Susu pun sudah ada perisa tapi pelik pula perisa tembikai susu.
    Menarik mata budak-budak untuk makan.

    ReplyDelete
  9. bookmark ni ! nak buat time rasa nanti heheh cantikkkkkkk gila

    ReplyDelete
  10. lawa plak tgk yg colorful tu..syg nk mkn ^_^

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.