Pujaan Hati Kanda Full Episode

Drama Pujaan Hati Kanda akan bersiaran kembali pada 3 Mac 2021 di slot akasia TV3. Dibintangi oleh Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hilderbrand dan ramai lagi.

Drama pujaan hati kanda merupakan drama adaptasi novel karya Aulia Iman di bawah arahan Eoon Shumaini terbitan Mache All Star United.

Kenapa siaran ni berulang? Memandangkan drama lain masih dalam proses dan tambah lagi PKP, banyak drama yang masih belum siap sepenuhnya. Produksi pun kena ikut SOP juga, kan.

Pujaan Hati Kanda Full Episode
sumber : TV3

sumber : Drama Sangat Official & TV3 Malaysia official

DRAMA PUJAAN HATI KANDA

Jumlah episod : 28 episod
Mula tayangan : 3 Mac 2021
Waktu siaran : Isnin-Jumaat, jam 7:00 malam
Siaran TV : Slot Akasia TV3
Penulis novel : Aulia Iman
Penulis skrip : Intan Zarina
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : Mache All Star United Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Remy Ishak sebagai Megat Danish (Danny)
  • Mira Filzah sebagai Tiara
  • Sarah Hildebrand sebagai Nadine
  • Syazwan Zulkifly sebagai Pali
  • Elisya Sandha sebagai Reena
  • Mustaqim Bahadon sebagai Kashah
  • Azar Azmi sebagai Fatimah
  • Omar Abdullah sebagai Dato Megat Aiyub
  • Dian P Ramlee sebagai Datin Puteri Aisyah
  • Reen Rahim sebagai Suria
  • Taufiq Hanafi sebagai Naim
  • Qazem Nor sebagai Rizman
  • Ayden Mikael
  • Aida Khalida
  • Aidil Aziz
  • Catriona Ross
  • Rashdan Baba

SINOPSIS PUJAAN HATI KANDA

Danny, seorang lelaki playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Akan tetapi semasa hari pernikahannya, dia telah menerima satu hadiah (bayi) yang diletakkan di ruang pintu masjid. Bersama bayi tersebut terselit kad ucapan dan sijil kelahiran. 

Nota tertulis yang bayi itu anak Danny.

Disebabkan itu bakal isteri Danny, Nadine enggan meneruskan pernikahan mereka. Majlis pernikahan mereka dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu.

Danny buntu mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqi sementara dia juga menyiasat siapakah ibu sebenar kepada Rizqi, bayi itu. Benarkah Rizqi anak kandungnya. 

Secara tidak sengaja, Danny dipertemukan dengan Tiara. Tiara seorang pelajar universiti yang kesempitan duit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang telah kematian isteri.

Tanpa diduga, cinta mula berputik antara mereka. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri (ibu Rizqi) demi mencari sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya selama ini. 

LAGU TEMA / OST PUJAAN HATI KANDA

Tajuk : Pujaan Hati
Penyanyi : Adira
Lagu & Lirik : Ikhwan Fatanna & Ayden Ali

15 comments:

  1. Akak suka lagu Adira tu. Remy Ishak pun suka juga. Tapi waktu tayangan kurang sesuai. Maghrib dan time ngaji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok online je kak. Malam sikit santai-santai boleh tengok :)

      Delete
  2. peminat mira ngan remy mesti melompat bintang ni ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang suka, sukalah. Yang menyampah gerenti tak tengok dah :)

      Delete
  3. Suka tengok, tapi nak tengok semula tu, tak ler. hoho..

    ReplyDelete
  4. Pernah popular. Ingat lagi tengok finale di kedai makan. Hehe khusyuk tengok.

    ReplyDelete
  5. Owh.. dia main balik ye.. Sukalah peminat Remy Ishak..
    Sha nak tengok kakak si Tiara tu je.. hahahaha

    ReplyDelete
  6. haaa itu lah, hari tu bukak TV nampak drama ni..ehhh, bukan ni da pernah main dulu keee..rupanya diorang mainkan balik..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.