Bulan dan Pria Terhebat

Bulan dan Pria Terhebat, sebuah filem aksi Komedi yang telah ditayangkan di pawagan pada 12 Mac 2020 di Malaysia, Brunei dan Singapura. Kemudiannya dihentikan gara-gara pandemik COVID-19. 

Filem Bulan dan Pria Terhebat akan ditayangkan semula pada hari ni 11 Mac 2021 di pawagam rumah masing-masing yang mempunyai Astro. To watch bulan dan pria terhebat full movie, sila langgan Astro First saluran 480.

Bulan dan Pria Terhebat dibintangi oleh Zahirah Macwilson, Zizan Razak, Bell Ngasri, Alif Hadi, Khir Rahman, Maya Karin dan ramai lagi. Filem ni merupakan filem pertama Zahirah Macwilson dan filem terbaru zizan untuk filem melayu 2020.

Daripada review bulan dan pria terhebat arahan Ghaz Abu Bakar ni, ianya merupakan filem melayu 2020 yang cukup gempak dengan aksi. Arahan Ghaz Abu Bakar kot kan, haruslah gempak dan hebat.

Bulan dan Pria Terhebat
sumber : google

FILEM BULAN DAN PRIA TERHEBAT

Tarikh tayangan : 12 Mac 2020 (pawagam), 11 Mac 2021 (Astro First)
Ulang siar : 5 Mac 2022, jam 9:00 malam (Astro First)
Pengarah : Ghaz Abu Bakar
Penerbit : Nik Iruwan Sein Qudsi
Penulis : Ghaz Abu Bakar
Muzik : Rob Powers
Sinematografi : Madnor Kassim
Penyunting : Ghaz Abu Bakar
Syarikat Penerbit : Nizra Entertainment, Astro Shaw dan Skop Productions
Tempoh tayangan : 106 minit
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu

SINOPSIS BULAN DAN PRIA TERHEBAT

Bulan (Zahirah Macwilson) merupakan seorang pelatih di pasukan tentera khas Indonesia. Bulan terpaksa menyeludup masuk ke dalam sindiket pemerdagangan manusia dalam misi mencari adiknya Melati yang diculik ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan. 

Bulan telah bertemu dengan seorang lelaki bernama Haris. Haris adalah seorang pemandu e-hailing. Haris sedia untuk membantu Bulan. Namun, mereka telah berdepan bahaya. Ricky, ketua sindiket dan pembantunya Agus menghantar Tony, seorang pembunuh upahan untuk membunuh Bulan dan Haris.

Berjayakah Bulan dalam misinya itu?

PELAKON DAN WATAK

  • Zahirah MacWilson sebagai Bulan
  • Zizan Razak sebagai Haris
  • Bell Ngasri sebagai Arab
  • Alif Hadi sebagai Daud
  • Khir Rahman sebagai Agus
  • Maya Karin sebagai Tony
  • Mimi Ernida sebagai Julie
  • Sein Qudsi sebagai Ricky
  • Aprena Manrose sebagai Melati
  • Didie Alias sebagai Madam
  • Rashidi Ishak sebagai bapa Sarah
  • Marissa Yasmin sebagai ibu Sarah
  • Sofia Dendroff sebagai Sarah
  • Azliyuszaini Mohd Noor sebagai Jemang

sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Bulan_dan_Pria_Terhebat

9 comments:

  1. salam. wow macam best jer..tapi rumah kita takde astro. Ada android box. Pengiat seni kata orang yg memiliki android box seperti mencuri karya. eh!eh!eh!...

    ReplyDelete
  2. Oh boleh separuh tayangan di pawagam dan separuh di Astro Best.

    ReplyDelete
  3. mesti cite lawak bila ada zizan razak ni. haha

    ReplyDelete
  4. Laaaa mati2 ingat citer Indon tadi bila baca tajuk :D

    ReplyDelete
  5. macam best lak, tapi takde astro gak..tunggu masuk netflix lah..tiberr..haha

    ReplyDelete
  6. Barisan pelaonnya hebat-hebat belaka!

    ReplyDelete
  7. Aaa.. cite nihla sy masuk list nak tengok... whoaa.. ditayangkan semulaaa.. kena serbu ahh...

    ReplyDelete
  8. pelakon dia nampak best... hope story line pun best

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.