Budak Tebing 2 (TV3)

Budak Tebing 2, drama melayu 2021 yang dinantikan. Drama Budak tebing 2 episod 1 akan mula bersiaran pada 18 Jun 2021, Rabu-Sabtu jam 9:00 di slot lestary TV3.

Budak tebing musim 2 dibintangi oleh Aedy Ashraf, Adam Lee, Eyka Farhana, Bella Dowanna, Fariz Isqandar, Firdaus Ghufran dan ramai lagi.

Budak Tebing 2  Slot Lestary (TV3)

DRAMA BUDAK TEBING 2

Jumlah Episod : akan dikemaskini
Mula tayangan : 1 April 2021
Waktu siaran : Rabu-Jumaat, jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Lestary TV3
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : Country Universal Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Aedy Ashraf sebagai Tongki
  • Adam Lee sebagai Arif
  • Bella Dowanna sebagai Laura
  • Eyka Farhana sebagai Ira
  • Fariz Isqandar sebagai Yoyol
  • Imran Aqil @Ijeebster sebagai Pijoy
  • Firdaus Ghufran sebagai Talam
  • Zarina Zainuddin sebagai Sabrina
  • Fauzi Nawawi sebagai Afendi
  • Pablo Amirul sebagai Pablo
  • Syafie Naswip sebagai Paan
  • Nellisa Nizam sebagai Maria

SINOPSIS BUDAK TEBING 2

Mengisahkan kesinambungan drama Budak Tebing yang menceritakan kisah kehidupan Tongki, Arif dan Talam dalam meneruskan kehidupan masing masing selepas gagal memasuki Pusat Latihan Polis (Pulapol).

Tongki terpaksa menjaga ayahnya sambil bekerja. Akan tetapi dia sering disabotaj. Arif pula bermasalah dengan Yoyol yang masih belum menerima kepulangan ayahnya, Afendi yang tiba tiba muncul. Sebenarnya ayah mereka masih hidup. Yoyol tidak dapat menerima kenyataan itu.

Manakala Laura mengambil keputusan untuk tidak ke London. Dia juga cuba mencari ibu kandunganya. Ira pula cuba membantu masalah dua orang kanak-kanak gelandangan yang membawa kepada pendedahan sindiket dan dendam pada Budak Tebing.

Amin dan Amnad, dua watak baru yang berganding bahu bersama Tongki dan Arif dalam membanteras sindiket tersebut.


12 comments:

  1. tak igt dah yg season 1 tu..
    lepas ni kena layan balik drama ni heehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim 1 saya tak tengok lagi. baru ni lah ada masa nak tengok drama segala :)

      Delete
  2. Ada pula siri 2. Agaknya kisah suka duka remaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada, kalau drama menarik ramai yang suka ada sequel.

      Delete
  3. best juga drama ni. ada tertengok yg musim 1 dulu :)

    ReplyDelete
  4. Saya memang menantikannyaaa! Saya sukaaaa cite nih.. huhu

    ReplyDelete
  5. alamak, satu pun tak tgk lagi ni huhuhu

    ReplyDelete
  6. antara senarai pelakon tu, rasanya akak kenal eyka farhana aje..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weh, seriouslaaaaa..Pakwe Sweet..mu tak kenal ek. Handsome lah jugekk..Hihi

      Delete
  7. Tak kenal kebanyakan pelakonnya. Hehe. Ketinggalan betul Eza. Siri kedua ni maksudnya best ya cerita ni..

    ReplyDelete
  8. Wah! dah ada yg 2 terbaik! boleh tgk nanti..

    ReplyDelete
  9. Saya peminat drama nih!!!!
    Suka Eka Farhana, Adam Lee, anddd Bella tu pun saya sukaaaa!
    Hehe~

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.