Kenang Daku Dalam Doamu Dayang Nurfaizah

Kenang daku dalam doamu, satu lagi single terbaru Dayang Nurfaizah yang baru release muzik video rasminya beberapa jam lepas di Youtube.

Lagu kenang daku dalam doamu, ciptaan dan gubahan oleh Mohd Wan Yet. Liriknya pula ditulis oleh M. Bakri. Penyanyi asal lagu kenang daku dalam doamu adalah M.Bakri sendiri pada tahun1963.

Kenang Daku Dalam Doamu Dayang Nurfaizah
tangkap layar muzik video Kenang daku dalam doamu Dayang Nurfaizah

Kemudian lagu kenang daku dalam doamu dinyanyikan semula oleh Tan Sri SM.Salim, Datuk Syarifah Aini, Noraniza Idris dan ramai lagi. Terbaru, diberi nafas baru nyanyian oleh Dayang Nurfaizah.

Setakat ni, baru 4 lagu kotemporari klasik telah dikeluarkan yang diberi nafas baharu oleh Aubrey Suwito. Di saat genre lagu ni semakin dilupakan, dengan album 'Belagu' Dayang ini akan mengembalikan semula irama melayu klasik.

Album 'BELAGU' Dayang Nurfaizah

Lirik Lagu Kenang daku dalam doamu - Dayang Nurfaizah

Sungguh jauh dikau pergi
Berpisah untuk selamanya
Tiada lagi senyum mesra
Dan gurau senda

Ingin ku turut bersama
Apa daya ku tak terlara
Sudahlah memang nasibku dik
Demikian rupa

Ku berdoa agar dikau
Hidup bahagia
Jangan bimbang padaku
Nan berduka

Tapi dik kau jangan lupa
Kenang daku dalam doa mu
Itu yang kupinta dari dulu waktu bertemu


15 comments:

  1. tak pernah minat dayang norfaizah ni. sebab dia nyanyi dengar dia tarik napas macam semput

    ReplyDelete
  2. Mendayu-dayu.... aduhai sedih pilu layan rasa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu lama best juga dengar kak amie untuk genersi baru :)

      Delete
  3. Replies
    1. Ayat kenang daku dalam doamu tu tersirat maksud dia :)

      Delete
  4. lagu remake by dayang.. sesuai je dengar

    ReplyDelete
  5. Mendayu-mendayu dan syahdu lagu ini.
    Oh rupanya Dayang guna orkestra.

    ReplyDelete
  6. Menarik lagu by dayang ni..rasa sesuai je :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.