Header Ads

Tari Tualang Tiga Dayang Nurfaizah

Tari Tualang Tiga, single kelapan album 'BELAGU' Dayang Nurfaizah. Release 26 Mac lepas di channel Youtube Dayang Nurfaizah. Tari tualang tiga ni antara lagu lama yang best dan mempunyai sejarah kampung tualang tiga dalam filem Sumpah Orang Minyak.

Album 'BELAGU' Dayang Nurfaizah
Lengkap sudah 8 lagu album 'BELAGU' Dayang Nurfaizah. Siapa suka boleh dengar.

Tualang tiga/ Tari Tualang Tiga

Tualang tiga atau tari tualang tiga adalah lagu rakyat tradisional melayu. Asalnya ianya dinyanyikan oleh nyanyian sekumpulan wanita Melayu. Bukan sekadar lagu, ada juga tarian tari tualang tiga dengan gerakan tangkas seperti silat dan seni bela diri.

Pada zaman dulu, persembahan tarian tari tualang tiga biasanya dipersembahkan dalam majlis keraian dan acara besar di dewan balairong istana.

Lagu tari tualang tiga mula dikomersialkan dalam filem Sumpah Orang Minyak arahan P.Ramlee terbitan Malay Film Productions Ltd yang dinyanyikan oleh Saloma.

Antara penyanyi yang pernah menyanyikan semula lagu tari tualang tiga ni adalah seniwati Singapura Sanisah Huri, Wan Aishah binti Wan Ariffin (Aishah) dan Dato' Sri Siti Nurhaliza. Terbaru, Dayang Nurfaizah remake dengan muzik yang baru.


Tari Tualang Tiga Dayang Nurfaizah
tangkap layar muzik video tari tualang tiga dayang nurfaizah

Lirik Tari Tualang Tiga 

Menyusun tari ala tari,
sembah di beri
Cergas tangkas ala sayang,
gerak dan geri

Menjunjung tinggi amboi tinggi,
seni sejati
Pusaka asli ala asli, 
hai ibu pertiwi

Melenggang gaya ala gaya, 
gerak wanita
Dengan tari ala sayang,
tualang tiga

Menjunjung tinggi amboi tinggi, 
seni budaya
Dikenang bangsa ala bangsa, 
hai sepanjang masa

Langkah serentak ala sajak, 
sama bergerak
Segak gaya ala sayang, 
pendekar puteri

Bertepuk tangan amboi tangan, 
tanda berani
Tiada gentar ala sayang, 
hai membela diri

Menyusun tari ala tari, 
sembah di beri
Cergas tangkas ala sayang, 
gerak dan geri

Menjunjung tinggi amboi tinggi, 
seni sejati
Pusaka asli ala asli, 
hai ibu pertiwi
hai ibu pertiwi
hai ibu pertiwi

Lirik asal lagu tari tualang tiga

Menyusun tari ala tari, sembah di beri..Sayup-sayup..
Cergas tangkas ala sayang, gerak dan geri..Hai sayup-sayup..
Menjunjung tinggi amboi tinggi, seni sejati..ha..ha..ha..ha..
Pusaka asli ala asli, hai ibu pertiwi..iya..iya..eh

Melenggang gaya ala gaya, gerak wanita..Sayup-sayup..
Dengan tari ala sayang, tualang tiga..Hai sayup-sayup..
Menjunjung tinggi amboi tinggi, seni budaya..ha..ha..ha..ha..
Dikenang bangsa ala bangsa, hai sepanjang masa..iya..iya..eh

Langkah serentak ala sajak, sama bergerak..Sayup-sayup..
Sigak gaya ala sayang, pendekar puteri..Hai sayup-sayup..
Bertepuk tangan amboi tangan, tanda berani..ha..ha..ha..ha..
Tiada gentar ala sayang, hai membela diri..iya..iya..eh

sumber : wikipedia

13 comments:

  1. K ret suka lagu ni.. Muzik dia nk kata hepi bole.. Mcm eh eh nk menari pum ada dgr lagu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa nak menghayun tangan menari je dengar lagu ni Kak Ret. Aura dia kuat betul. hehe

      Delete
  2. Tidak sangka lagu ini dinyanyikan semula oleh bukan calang-calang penyanyi.

    ReplyDelete
  3. Akak terus bukak Youtube cari. Hehe

    Wow...sedap gemersik suara Dayang bawak lagu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada link ke youtube sy letakkan dalam entri sebenarnya tu.hehe..
      kan kak Ujie. best pulak dengar.

      Delete
  4. Dalam kepala saya memikirkan madu tualang.. 😋

    ReplyDelete
  5. best pula dengar lagu dayang dayang senandung ni ^_^

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.