Terengganu vs KL City Live Streaming Separuh Akhir (Semi Final) Piala FA 25 Jun 2023

Azhafizah MN
By -
1
Saingan Piala FA 2023 kini telah memasuki peringkat Separuh Akhir yang melibatkan 4 pasukan kelab bolasepak dalam 2 perlawanan dengan format kalah mati, tiada timbal balik. Terengganu FC vs Kuala Lumpur City akan membuka tirai Separuh Akhir Piala FA 2023 yang dijadualkan berlansung pada hari Ahad, 25 Jun 2023, jam 9.00 malam di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Pada perlawanan peringkat suku akhir, pasukan tuan rumah Terengganu FC, Skuad Sang Penyu menang tipis menentang pasukan Kelantan FC, The Red Warriors dengan 3 gol bolos berbalas 2 gol.

Pasukan pelawat KL City FC, The City Boys juga menang tipis 2 berbalas 1 bertemu Sabah FC. Sudah pasti kedua-dua pasukan akan bermain dengan sehabis baik bagi merebut tempat ke peringkat akhir Piala FA 2023.

Pembelian tiket perlawanan Terengganu  FC vs Kuala Lumpur City FC

Untuk makluman, kesemua tiket online penyokong Terengganu FC (Dewasa) bagi perlawanan Separuh Akhir Piala FA telah habis dijual. Hanya tiket online untuk kanak-kanak yang masih ada. Pembelian tiket boleh dibuat melalui aplikasi Terengganu FC yang boleh dimuat turun melalui Appstore dan Play Store. Atau boleh beli tiket secara dalam talian (online) melalui ticket.tickethotline.com.my

Para penyokong boleh mendapatkan tiket fizikal. Kaunter tiket fizikal akan dibuka pada hari Sabtu, 24.6.2023 dan Ahad, 25.6.2023. Pembelian tiket fizikal adalah terhad. Seorang pembeli hanya boleh mebeli 4 tiket maksimum.

Kaunter Tiket
Kaunter A dan C

Waktu jualan 
10.00 pagi - 7.00 malam (tutup awal sekiranya tiket habis dijual)

Harga tiket
Dewasa : RM20.00
Kanak-Kanak (2-12 tahun) : RM10.00

Terengganu vs KL City Live Streaming Separuh Akhir Piala FA 2023

Siaran Langsung Separuh Akhir Piala FA 2023

Penonton di rumah juga boleh memberikan sokongan menonton Siaran lansung Separuh Akhir (Semi Final) Piala FA 2023 antara Terengganu menentang KL City FC secara lansung yang disiarkan menerusi saluran 801 Astro ARENA HD, saluran 803 Astro ARENA atau tonton secara live streaming online dengan astroGo secara percuma khusus untuk pelanggan Astro.

Juga boleh tonton perlawanan Terengganu Vs KL City FC Live Streaming Separuh Akhir (Semi Final) Piala FA 2023 di platform penstriman Sooka dengan melanggan pas 1 perlawanan dengan harga RM7.90.

Siaran Lansung Terengganu FC vs KL City FC Live Streaming

Waktu siaran : Ahad, 25 Jun 2023, jam 9.00 malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak
Siaran TV/ Platform penstriman : Astro Arena HD (CH803), Astro Arena (CH803), astroGO dan Sooka

Keputusan masa penuh perlawanan Terengganu FC vs KL City FC Piala FA 2023 Separuh Akhir

FT : TERENGGANU FC (0) - (0) KL CITY FC
 Penalties KL (2) - (4) KL CITY

Tahniah pasukan KL City berjaya mara ke Final Piala FA.

Tarikh Perlawanan Piala FA 2023 Malaysia/ Malaysia FA Cup 2023

  • Perlawanan pusingan pertama : 8 Mac 2023 ✔
  • Pusingan ke-16 : 14 – 15 April 2023 ✔
  • Peringkat suku akhir : 27 – 28 Mei 2023  ✔
  • Separuh akhir : 25 – 26 Jun 2023 ✔
  • Akhir : 22 Julai 2023
Tags:

Post a Comment

1Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. nak KL City msk final dan mng mcm diorg mng piala malaysia 2 thn lps😁

    ReplyDelete
Post a Comment