Fenomena Bau Wangi Waktu Malam. Apakah?

Azhafizah MN
By -
18
Akhir-akhir ni kecoh di media sosial tentang bau wangi waktu malam di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Seremban sampai ke negeri utara nun, Pulau Pinang. Bauan wangi yang menjadi tanya sekalian netizen. Bau apakah? Sebab saya di Seremban tak pula ter bau wangi yang dimaksudkan.

Kita ni pantang kalau tiba-tiba bau wangi waktu malam, ada je perkara menakutkan yang berlegar-legar di fikiran. Tak lain tak bukan berkait dengan perkara mistik. Tak pontianak, paranormal ataupun makhluk-mahluk ghaib.

Bau wangi waktu malam yang menjadi tanya semua orang ni sebenarnya bauan bunga-bungaan. Fenomena bau wangi waktu malam ini adalah fenomena yang biasa terjadi semasa bulan penuh (full moon).

Semasa bulan penuh, bunga sedang berada dalam fasa 'peak blooming'. Terutama sekali pada waktu malam. Antara bunga yang dikaitkan dengan bau wangi waktu malam ni adalah bunga kemboja, bunga melor, bunga melati, bunga kenangan dan bunga Bakawali.

Tapi antara salah satu bunga tersebut memang agak misteri jugalah, iaitu bunga bakawali.

Bunga Bakawali

Bunga bakawali sifatnya tidak seperti bunga-bunga lain yang berkembang pada waktu pagi. Bunga bakawali akan menjadi layu apabila terkena cahaya matahari. Ciri marfologi bunga ini berwarna putih bersih ini amat berbeza kerana kelopaknya mula terbuka sekitar jam 9.00 malam dan mekar sepenuhnya apabila detik jam 12.00 tengah malam. Layunya pula sebelum subuh.

Fenomena Bau Wangi Waktu Malam
sumber : wikimedia

Bentuk bunganya yang indah dipandang apabila ia berkembang ketika bulan mengambang. Pada waktu yang sama juga selalu didapati bunga bakawali mengeluarkan bau yang begitu wangi sehingga dapat dihidu jauh ke seluruh kawasan sekitar. Ada orang yang mengatakan aroma atau baunya seolah-olah minyak wangi atau bedak talkum yang mengasyikkan.

Orang zaman dahulu menyakini bunga tersebut mempunyai 'penunggu' atau 'penjaga' terutamanya semasa ia sedang kembang. Selain itu ia juga mendapat jolokan sebagai 'Ratu Malam' dan 'Kaktus Bulan'.

Nama lain bunga bakawali : Epiphyllum oxypetalum (Queen of the night), Nishagandhi flower, Wijaya Kusuma Flower, Brahma Kamal Flowers

sumber : animhosnan

Bila baca tentang bunga Bakawali ni agak seram juga. Banyak perkara mistik dan kepercayaan dari masyarakat Melayu dan Cina tentang bunga ini. Jarang nampak orang tanam bunga Bakawali ni. Nak tanam bunga bakawali ni ada pantang larang juga dengarnya.

Pokok bunga Bakawali sangat misteri suka dibelai dengan perhatian kasih sayang. Orang dulu-dulu kata pokok bunga bakawali ada penjaganya, seorang puteri macam pari-pari. Orang-orang Melayu juga percaya ada orang Bunian akan berada berhampiran pokok bakawali semasa bunganya hendak kembang.

Menurut kepercayaan orang-orang Cina pula, pokok bunga Bakawali boleh mendatangkan tuah dan rezeki sekiranya berbunga. Selalunya ditanam berhampiran dengan tempat mereka berniaga dan diikat dengan reben merah pada setiap dahan. 

Mereka juga percaya sekiranya pokok Bakawali itu mati atau layu bermakna mereka akan mendapat musibah. Bunga bakawali ni juga mahal harganya.

Begitulah diringkaskan ceritanya tentang bunga bakawali ni. Bunga bakawali yang penuh misteri dan kisah seramnya. Wangi wangi tapi seram risau juga kan. Orang dulu kata, kalau bunyi ke, bau ke jangan ditegur. Mesti ada 'sesuatu'.

Yang bau tu mesti berdekatan rumah tu ada orang tanam bunga bakawali atau berdekatan di nursery kan. 

sumber cerita :https://bn1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=437301

Post a Comment

18Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Semalam baru je borak hal wangi ni di grup taman rumah NS. Kebetulan perumahan kami memang depan rumah, pemaju tanam pokok bunga cempaka. Jadi dah biasa akak cium harum baunya.

    Pokok bakawali pun ada di rumah mentua. Akak dapat tengok bunganya layu waktu siang jelah sebab dia kembang waktu malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh..best juga tu dekat dengan nursery. Bau wangi semerbak.

      Memang begitulah sifat dia kan. Tapi tulah, saya tak pernah tengok depan depan dan tak tahu bau dia macamana.

      Delete
  2. Tidak tahu kecoh tengah malam ada bau wwngi.
    Buat masa ini tiada lagi bau wangi. Bunyi katak panggil hujan sahaja yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..terhibur dengan katak panggil hujan. Syukur juga hujan lately. Sejuklah sikit.

      Delete
  3. Bila baca info dalam ni terus saya google gambar. Sebab dulu masa kecil-kecil memang dah biasa main bawah pokok bau wangi. Ada pokok kenanga dan melur di rumah nenek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bau kenanga tu wangi jugak. Melor tu dah tak ingat dah bau dia macamana. Mungkin gabungan 2 pokok bunga tu jadi bertambah wangi agaknya.

      Delete
  4. Ada juga pokok bunga lain yang kembang waktu tengah malam dan layu menjelang pagi selain pokok bunga bakawali. Mungkin spesies kaktus atau yang sewaktu dengan pokok bakawali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak ye pokok bunga kaktus yang berkembang waktu malam. Terima kasih kongsi infonya Kak Amie.

      Delete
  5. eh ye ke? awat kita xde bau-bauan ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak terbau bauan wangi tu KakRet. Mungkin kita jauh dari orang yang menanam pokok bunga ni kot. hihi...

      Delete
  6. Kalau pukul 3 pagi masih bau wangi, seram jugak rasanya.

    ReplyDelete
  7. Itulah viral bau wangi di waktu malam. Tapi samalah kita Fizah Mrs.A takde pulak bau wangi tu kalau ada pun bau wangi air freshner glade yang kat rumah tu heheheee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, mungkin ada sesetengah tempat di Seremban yang bau. Hihi..tahu takpe! Hanya bauan segar di rumah je lah ada.

      Delete
  8. opah sy dulu rajin tanam bunga pakma. memang betul bila dia mengembang malam2 berbau wangi... tp ms tu x takut sbb dah tau tu bau apa😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time dengar nama bunga pakma ni. Terus google. Dia macam kulat lah kan. Ada juga bau ye. Menarik juga info ni. Tq share.

      Delete
  9. Terbaca gak kecohnya kat medsos, tp akak sendiri x pernah bau pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, agaknya kawasan kita tak de orang tanam bunga wangi² kot.

      Delete
Post a Comment