Telefilem Dulang Boy (TV9)

Azhafizah MN
By -
2
Tonton Telefilem Dulang Boy bersiaran pada hari Jumaat, 23 Jun 2023, jam 8.30 malam di slot Skrin di 9 TV9. Telefilem Dulang Boy dibintangi pelakon Mimi Lana, Armand Ezra, Indah Emeerlda dan ramai lagi di bawah arahan Megat Sharizal terbitan Produksi Konda Kondi Studios.

TELEFILEM DULANG BOY

Waktu siaran : Jumaat, 23 Jun 2023, jam 8.30 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : TV9, astro (CH149), myFreeview 109, Tonton
Idea asal : Nur Izni Binti Jamaludin
Pengarah : Megat Sharizal
Produksi : Konda Kondi Studios

Telefilem Dulang Boy TV9

PELAKON DAN SINOPSIS DULANG BOY

Armand Ezra, Mimi Lana, Indah Emeerlda, Asmidar, Anas Ridzuan, Ungku Hariz, Azman Hassan, Naque Ariffin, Fathi Kamil dan ramai lagi.

Malam sebelum majlis akad nikah Kak Ros, adiknya Kerol Lazania (KL), 10 tahun dipanggil untuk membuat raptai angkat dulang. Kerol ditugaskan untuk mengangkat dulang kasut yang akan diberikan kepada pengantin lelaki. 

Kasut yang diangkatnya itu ialah kasut idamannya. Pada pagi pernikahan, ketika semua orang sedang sibuk buat persiapan, KL dan kawan baiknya, Yoyo, secara senyap-senyap meminjam tanpa izin kasut itu untuk mengambil gambar. 

Sambil mereka bergambar di padang, KL terpijak lecak dan mengotorkan kasut itu. Dia dan Yoyo cuba mencucinya. Macam-macam cara mereka guna sehingga kasut itu terkoyak.

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment