Header Ads

Lirik Lagu SAMBUT - Fimie Don & Faizal Tahir


Lagu Sambut, lagu yang dinyanyikan oleh Fimie Don & Faizal Tahir yang mula dikeluarkan pada 2 Jun 2023 dan muzik video rasmi boleh ditonton di YouTube channel Faizal Tahir. 
S.A.M.B.U.T = Sampai Aku Mati Buat Untuk Tuhan
Lirik Lagu SAMBUT - Fimie Don & Faizal Tahir
sumber : Faizal Tahir
Adakah kami merancang benda ni 17 tahun lepas, sesunghuhnya tidak. Adakah kami menyangka kolaborasi ini akan berlaku 17 tahun kemudian. Sesunguhnya tidak. —Faizal Tahir
“Dan mereka merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang”

Lirik Lagu SAMBUT - Fimie Don & Faizal Tahir
sumber : YouTube Faizal Tahir

Lagu : SAMBUT
Penulis lagu : Fimie Don (XO House), Faizal Tahir (Faithful Publishing), Mage (Faithful Publishing), Mas Dewangga 
Produser : Adib Hussin, Mas Dewangga, Amir Firdaus

Lirik Lagu SAMBUT - Fimie Don & Faizal Tahir

Senyap tolong senyap sebentar
Nikmati sunyi ini sebelum dunia bergegar 
Aku masih gentar risau doa dipagar 
Tulisan makin pudar aku separa sedar ya aku sedar 

Bila disua ku sambut sambut kerna takut 
takut nanti nyawa aku dicabut 
Ramai yang perlu wang Tapi tak ada peluang 
Jika diberikan ruang ku sambut 

Mengapa masih ada persoalkan kerja tuhan 
Setuju jabat tangan ini zaman kejatuhan 
Mengapa aku masih ada dengarkan keluhan 
Setuju lintas jambatan aku nak kejar tuhan 

Selagi badan ada kudrat 
Aku takkan pernah rehat 
Aku tak kenal erti penat 
Engkau pembakar semangat 
hingga ke garisan penamat 
Usaha mencari rezeki untuk terus ku berjalan 
Sampai aku mati buat untuk tuhan 

Seganggam beras macam sejongkong emas 
Wajah puas kamu umapakan barang kemas 
Atas kertas angka hasil meraka kerja keras 
Galas cergas tolak malas gagal tetap puas 

Gelanggang dunia tempat ku bertarung 
Etika hilang anak muda kau tak hormat panggung 
Ramai yang jalan mendonggak dan harap disanjung 
Garisan penamat makin hampir kau jangan termenung 

Aman nak sihat aman tak cukup sifat 
Ramalan tak buatkan aku makin kuat 
Aman nasihat amanah genggam erat 
Expressi hak perasaan jangan pernah kau daulat 

Terima kasih harap kasih diterima 
Aku selesai segala selagi jasad ada nyawa 
Selagi jasad ada nyawa harap kasih diperguna 
Aku sambut jika disua jika kau sua 

Selagi badan ada kudrat 
Aku takkan pernah rehat 
Aku tak kenal erti penat 
Engkau pembakar semangat 
hingga ke garisan penamat 
Usaha mencari rezeki untuk terus ku berjalan 
Sampai aku mati buat untuk tuhan

2 comments:

  1. x penah dgr lg lagu ni... wahhh terbaiklah fimie๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu masih baru, mungkin belum berkumandang di radio. Boleh dengar di youtube.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.