Perlawanan Persahabatan Antarabangsa JDT vs Albirex Niigata Singapore FC

Azhafizah MN
By -
2
Saingan Liga Super 2023 berehat seketika bermula 12 Jun sehingga 20 Jun bagi memberi laluan kepada FIFA Days. Dalam tempoh ini, pasukan Harimau Malaya akan bersaing dalam Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1, Malaysia vs Kepulauan Solomon pada 14 Jun dan Papue New Guinea pada 20 Jun.

Pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, JDT juga akan mengadakan Perlawanan Persahabatan Antarabangsa JDT vs Albirex Niigata Singapore FC yang akan berlansung pada hari Sabtu, 17 Jun 2023, jam 6.00 petang di Stadium Sultan Ibrahim.

JDT vs Albirex Niigata Singapore FC
sumber : Johor Southern Tigers

PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA JDT VS ALBIREX NIIGATA SINGAPORE FC

Waktu : Sabtu, 17 Jun 2023, 6.00 petang
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
Tiket : percuma

Penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, JDT boleh menyaksikan perlawanan JDT vs Albirex Niigata Singapore FC secara percuma di Stadium Sultan Ibrahim tanpa perlu membeli tiket.

Pemegang Pas Bermusim JDT 2023 akan ditempatkan di kawasan Grandstand manakala mereka yang tidak memiliki pas bermusim boleh masuk melalui Pintu C.

JDT juga akan menyediakan perkhidmatan bas ‘shuttle’ percuma bermula dari Hutan Bandar MBIP, Taman Mutiara Rini ke Stadium Sultan Ibrahim pada hari perlawanan. Para penyokong boleh meletakkan kenderaan di kawasan tersebut.

Keputusan masa penuh JDT vs Albirex Niigata Singapore FC

FT: JDT [5-1] ALBIREX NIIGATA


Tags:

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. waduhh, tiket percuma tuhh,., ada live streaming x wak nk tgk dari Batam je., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Kalau dekat boleh jugak ke Stadium kan..tak pastilah wak. Kalau ada boleh tepek sini.

      Delete
Post a Comment