Telefilem Ayah (TV1)

Azhafizah MN
By -
0
Tonton Telefilem Ayah sempena Hari Bapa bersiaran pada hari Sabtu, 17 Jun 2023, jam 10.00 malam di Slot Panggung RTM TV1. Telefilem Ayah dibintangi pelakon Rusdi Ramli, Nadiya Nisaa, Azwan Kombos, Irfan Danial, Laura Olivia, Azizah Mahzan dan ramai lagi.

Ayah, sebuah karya hebat pengarah Izuan Mokhtar terbitan Allout Pictures Sdn. Bhd. ini juga boleh tonton secara online live streaming menerusi RTMKlik atau aplikasi RTM.

TELEFILEM AYAH

Waktu Siaran : Sabtu, 17 Jun 2023, jam 10.00 malam
Siaran TV/ Platform Penstriman : Slot Panggung RTM TV1, astro (CH101), RTM Klik atau aplikasi RTM Klik
Penulis skrip : ZH Emdee @ M.Danial
Pengarah : Izuan Mokhtar
Produksi : Allout Pictures Sdn. Bhd.

Telefilem Ayah TV1

PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS AYAH

Telefilem Ayah menampilkan pelakon Rusdi Ramli, Nadiya Nisaa, Azwan Kombos, Irfan Danial, Laura Olivia, Azizah Mahzan dan ramai lagi.

  • Rusdi Ramli sebagai Zamri
  • Nadiya Nisaa sebagai Ainun
  • Irfan Danial sebagai Iskandar
  • Laura Olivia sebagai Balqish

Ayah, mengisahkan tentang pergolakan rumah tangga Zamri yang retak akibat campur tangan ibu mertua yang mempunyai calon pilihannya sendiri walaupun sudah 9 tahun berkahwin. Namun kasih sayang antara Zamri dan keluarga masih utuh demi mempertahankan hubungan kekeluargaan.

Zamri bercerai dengan isterinya Ainun dan mempunyai 2 orang anak bernama Iskandar dan Balqish. Ainun tidak membenarkan Zamri bertemu anak-anak.

Saksikan kesudahan cerita Ayah pada hari Sabtu, 17 Jun 2023, jam 10.00 malam di Slot Panggung RTM TV1.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)