JDT vs Selangor Live Streaming Separuh Akhir (Semi Final) Piala FA 26 Jun 2023

Azhafizah MN
By -
2
Perlawanan antara JDT vs Selangor FC Separuh Akhir Piala FA 2023 pada hari Isnin, 26 Jun 2023, jam 9.00 malam sudah pasti akan menjadi tumpuan dan dinantikan peminat serta penyokong bolasepak Malaysia. Harimau Selatan akan menerima kunjungan Skuad Gergasi merah di Stadium Sultan Ibrahim. 

Perlawanan JDT vs Selangor FC yang dikatakan sangat sengit bagi merebut tempat di peringkat akhir Piala FA 2023 yang dijadualkan berlansung pada 22 Julai 2023 nanti.

Pada perlawanan pada peringkat suku akhir, pasukan kelab bolasepak Johor Darul Ta;zim (JDT) menang bergaya dengan 5 jaringan gol tanpa balasan gol dari pihak lawan iaitu Skuad Harimau Kumbang, Penang FC.

Pasukan Selangor FC pula berjaya meledak 3 gol berbalas 1 menentang Skuad Jang, Negeri Sembilan FC di Paroi.

Format perlawanan pada peringkat separuh akhir Piala FA 2023 juga secara kalah mati dan tiada timbal balik. Pasukan yang menang secara automatik akan layak ke peringkat akhir Piala FA 2023.

baca juga
JDT vs Penang Suku Akhir Piala FA 2023
Negeri Sembilan vs Selangor Suku Akhir Piala FA 2023

Pembelian tiket perlawanan JDT vs Selangor FC

Tiket untuk perlawanan separuh akhir Piala FA antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC pada 26 Jun 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim mula dijual menerusi https://ticket.tickethotline.com.my pada 22 Jun bermula jam 2.00 petang.

Setiap penyokong hanya boleh membeli empat (4) tiket sahaja. Pemegang pas bermusim hanya perlu menunjukkan pas di pintu-pintu masuk semasa masuk ke stadium. Tiket diperlukan untuk penyokong yang berusia 3 tahun ke atas. 

JDT vs Selangor Live Streaming Separuh Akhir Piala FA 2023
Update terkini : Sepak mula akan bermula pada jam 9.00 malam

Siaran Langsung Suku Akhir Piala FA 2023

Penonton di rumah boleh menonton Siaran lansung Separuh Akhir (Semi Final) Piala FA 2023 antara pasukan JDT menentang Selangor FC secara lansung yang disiarkan menerusi saluran TV Okey, Sukan RTM atau tonton secara live streaming online secara percuma menerusi RTMKlik atau aplikasi RTMKlik untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Siaran Pra perlawanan bermula jam 8.45 malam.

Juga boleh tonton perlawanan JDT vs Selangor FC live streaming Separuh Akhir (Semi Final) Piala FA 2023 di platform penstriman Sooka secara percuma juga.

Siaran Lansung JDT vs Selangor FC Live Streaming

Waktu siaran : Isnin, 26 Jun 2023, jam 9.00 malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
Siaran TV/ Platform penstriman : TV Okey, Sukan RTM dan Sooka

Keputusan masa penuh perlawanan JDT vs Selangor FC Separuh Akhir Piala FA 2023

FT : JDT (4) - (0) SELANGOR FC
Arif Aiman 20', 33', 38'
Fernando Forestieri 47'

Tahniah JDT berjaya mara ke Final Piala FA 2023 bertemu pasukan KL City FC.

Tarikh Perlawanan Piala FA 2023 Malaysia/ Malaysia FA Cup 2023

  • Perlawanan pusingan pertama : 8 Mac 2023 ✔
  • Pusingan ke-16 : 14 – 15 April 2023 ✔
  • Peringkat suku akhir : 27 – 28 Mei 2023  ✔
  • Separuh akhir : 25 – 26 Jun 2023 ✔
  • Akhir : 22 Julai 2023

Tags:

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. kompem sengit ni... masing2 dah smpi tahap ni of coz menang adalah pilihan utama

    ReplyDelete
Post a Comment