Perak vs PDRM Live Streaming 23 Jun 2023 LS15
Aksi perlawanan saingan Liga Super 2023 diteruskan kembali selepas berehat 2 minggu bagi memberi laluan kepada FIFA days yang bermula dari 12 Jun sehingga 20 Jun 2023. Tahniah buat Skuad Harimau Malaya berjaya melakar kemenangan sekaligus naik 2 anak tangga ranking dunia dari kedudukan ke 138 ke 136.
baca juga
Malaysia vs Kepulauan Solomon
Malaysia vs Papua New Guinea
Perlawanan Perak FC vs PDRM FC memulakan hari pertama LS15 yang dijadualkan berlansung pada hari Jumaat, 23 Jun 2023, jam 9.00 malam bertempat di Stadium Perak, Ipoh.
Skuad Sang Saka Biru, PDRM FC akan berkunjung ke gelanggang tuan rumah Skuad The Bos Gaurus (TBG) atau dikenali dengan Skuad Seladang, Perak FC bagi merebut 3 mata penting dalam saingan LS15 seterusnya memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Super 2023.Dalam aksi LS14, Perak FC menang bergaya menewaskan pasukan lawan Kedah FC dengan meledak 3 gol tanpa balasan. Manakala pasukan PDRM FC menang tipis menentang Sabah FC dengan 1 gol jaringan tanpa balasan gol.
Berdasarkan rekod terkini carta Liga Super 2023, Perak FC berada di kedudukan 11 dengan 9 mata. PDRM FC di kedudukan ke-8 dengan 19 mata.
Dengan kemenangan perlawanan di LS14, sudah tentu kedua-dua pasukan akan memberikan persaingan yang sengit dan lebih bersemangat dalam aksi Perak FC vs PDRM FC.
Pembelian tiket perlawanan Perak FC vs PDRM FC
Penyokong pasukan bola sepak yang ingin menyaksikan perlawanan Perak FC vs PDRM FC Liga Super 2023 LS15 di Stadium Perak, boleh mendapatkan tiket secara online menerusi laman web rasmi : www.tickethotline.com.my

Siaran Langsung/ Live Streaming Perak FC vs PDRM FC Liga Super 23 Jun 2023 LS15
Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Liga Super 2023 Perak FC vs PDRM FC secara lansung menerusi saluran TV2 dan Sukan RTM.
Atau boleh tonton secara online menerusi platform RTMKlik, aplikasi RTMKlik dan juga penstriman Sooka seawal jam 8:45 malam bermula dengan siaran pra perlawanan secara percuma untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Live Perak FC vs PDRM FC (LS15)
Waktu siaran : Jumaat, 23 Jun 2023, pukul 9.00 malamTempat : Stadium Perak, Ipoh
Siaran TV/ Platform penstriman : TV2, Sukan RTM dan Sooka
Keputusan masa penuh perlawanan Perak FC vs PDRM FC Liga Super 2023 (LS15)
FT : PERAK FC (1) - (2) PDRM FC


fuhhh abam polis sng je jinakkan seladang👍
ReplyDeleteHihi..dalam bolasepak apa pun boleh jadi.
Delete