Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong 2023

Azhafizah MN
By -
0
Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan (YDP) Agong disambut pada hari Isnin pertama bulan Jun setiap tahun sejak tahun 2021. Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2023 jatuh pada hari Isnin, 5 Jun 2023.
Dirgahayu Tuanku: Di Bawah Naungan Ilahi
Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.
5 Jun 2023 bersamaan 16 Zulkaedah 1444H
Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong 2023
sumber : istananegara.gov.my

Di Malaysia, struktur tertinggi pemerintahan negara dipayungi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara Malaysia, Raja di Malaysia berdasarkan Perlembagaan Malaysia, Perkara 32(1).

Sebagai Ketua Negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Tertinggi Persekutuan yang mempunyai keutamaan yang lebih daripada orang lain di samping mempunyai kuasa yang luas dan penting dalam menstabilkan negara dan melaksanakan urusan Kerajaan Persekutuan.

Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga merupakan cuti umum di Malaysia yang termasuk dalam Hari Kelepasan Am Persekutuan iaitu semua negeri akan bercuti pada hari tersebut.

Menurut Akta Kerja 1955, terdapat 5 hari cuti umum wajib dan berbayar dalam satu tahun iaitu:
  1. Hari Pekerja, 1 Mei
  2. Hari Keputeraan Raja-Raja/ Yang Di-Pertua Negeri atau Hari Wilayah jika pekerja bekerja di Wilayah Persekutuan
  3. Hari Keputeraan YDP Agong
  4. Hari Kebangsaan, 31 Ogos
  5. Hari Malaysia, 16 September

Di bawah Seksyen 8 Akta Cuti Kelepasan Am 1951, enam hari kelepasan am yang lain perlu ditetapkan oleh majikan pada setiap awal tahun. Jika pekerja diarahkan untuk berkhidmat pada hari tersebut, maka majikan perlu membuat bayaran tambahan kepada mereka. (sila rujuk Seksyen 60D (3) Akta Kerja 1955).

Bagi cuti mengejut yang diumumkan oleh kerajaan pula, ia terletak di dalam Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951. Antara cuti mengejut yang pernah diberikan adalah sempena pembentukan kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum atau selepas negara memenangi perlawanan bola sepak.

Lazimnya, sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan diadakan di Istana Negara. Pada hari tersebut, Yang di-Pertuan Agong akan menyampaikan Perutusan khas yang disiarkan melalui televisyen dan radio.

Tags:

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)