Telefilem Kasih Seorang Ayah (TV3)

Azhafizah MN
By -
0
Tonton Telefilem Kasih Seorang Ayah, telefilem arahan Dato Ahmad Tamimi Siregar  sempena sambutan Hari Bapa 2023 lakonan Shukri Yahya, Eman Manan, Mia Ahmad, Amyza Aznan dan ramai lagi bersiaran pada hari Sabtu, 17 Jun 2023, jam 10.00 malam di Slot Cerekarama TV3.

TELEFILEM KASIH SEORANG AYAH

Waktu siaran : Sabtu, 17 Jun 2023, jam 10.00 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : Slot Cerekarama TV3, astro (CH103), Tonton dan Xtra
Penulis skrip : Sham Hashim
Pengarah : Datuk Ahmad Tamimi Siregar Kamarudin
Produksi : Mache Allstar United Sdn. Bhd.

Telefilem Kasih Seorang Ayah TV3

PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS KASIH SEORANG AYAH

Shukri Yahaya, Mia Ahmad, Eman Manan, Datuk Ahmad Tamimi, Amyza Aznan, Azlan Komeng, Halimah Alias dan ramai lagi

Kasih seorang ayah mengisahkan tentang Husin yang baru saja mula bekerja di tempat baru. Dia telah dikejutkan dengan satu panggilan dari isterinya Aminah, tentang ayahnya, Pak Yusof yang tidak pulang ke rumah sejak keluar pagi tadi.

Selepas puas mencari, Husin temui Pak Yusof di sebuah perhentian bas dalam ketakutan. Pak Yusof telah lupa jalan balik dan tidak tahu di mana dia berada. Husin hairan apabila melihat perangai Pak Yusof dan telah membawa ayah ke klinik untuk diperiksa doktor.

Menurut doktor, Pak Yusof telah hidapi penyakit Alzheimer. Bermulalah episod yang mencabar bagi Husin sekeluarga.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)