Telefilem Jangan Sembelih Merah (TV9)

Azhafizah MN
By -
0
Tonton Telefilem Jangan Sembelih Merah, sebuah telefilem sempena Hari Raya Aidiladha bersiaran pada hari Jumaat, 30 Jun 2023, jam 8.30 malam di saluran TV9. Jangan Sembelih Merah dibarisi pelakon Nur Qistina Raisah, Jalil Hamid, Dilla Ahmad, Puteri Natasha, Aryanna Alyssa dan ramai lagi.

TELEFILEM JANGAN SEMBELIH MERAH

Waktu siaran : Jumaat, 30 Jun 2023, jam 8.30 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : TV9, astro (CH149), myFreeview 109, Tonton
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Produksi : Layar Consult Sdn. Bhd.

Telefilem Jangan Sembelih Merah TV9

PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS JANGAN SEMBELIH MERAH

Telefilem ini dibintangi pelakon Nur Qistina Raisah, Jalil Hamid, Dilla Ahmad, Puteri Natasha, Aryanna Alyssa dan ramai lagi.
  • Nur Qistina Raisah sebagai Dina
  • Jalil Hamid sebagai Tok Amin
Jangan Sembelih Merah mengisahkan tentang Dina seorang kanak-kanak yang bijak, berani dan sedikit lasak seperti kanak-kanak lelaki. Di rumah Dina kebosanan kerana tidak dipedulkan oleh ahli keluarganya. Tok Amin, datuk Dina menternak kambing untuk diniagakan. 

Bagi menghilangkan kebosanan, Dina selalu menemani Tok Amin di kandangnya selepas sesi persekolahan. Kerana memenangi pertandingan kuiz matematik, Tok Amin telah menghadiahkan seekor anak kambing kepada Dina. 

Anak kambing yang unik itu diberikan nama Merah oleh Dina kerana tanda merah di badannya. Semejak itu, Dina dan Merah seperti tidak dapat dipisahkan. Dina amat sayang pada Merah dan menjaga Merah sepenuh hatinya.

Akibat kambing-kambing belaan Tok Amin telah dicuri, Senah mencadangkan anak Kambing "Merah" kepunyaan Dina sebagai ganti. Oleh itu, Dina pula tekad untuk melarikan si "Merah" daripada dikorban.

LAGU TEMA (OST) JANGAN SEMBELIH MERAH

Tajuk lagu : Duniaku
Penyanyi : Alyssa Dezek

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)