Malaysia vs Papua New Guinea Live Streaming 20 Jun 2023 (Perlawanan Antarabangsa Tier 1)

Azhafizah MN
By -
0
Skuad Harimau Malaya akan meneruskan perjuangan dalam saingan Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 kedua melawan Kelab bolasepak Papua New Guinea. Malaysia vs Papua New Guinea dijadualkan berlansung pada Selasa, 20 Jun 2023, jam 8.30 malam di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Pada perlawanan yang lalu Malaysia vs Kepulauan Solomon, pasukan Malaysia telah berjaya tambah ranking FIFA selepas membelasah Solomon Islands 4-1 jaringan dari Paulo Josue, Arif Aiman, Safawi Rasid dan Lee Tuck. 

Kemenangan ini membuatkan penyokong di Stadium pulang dengan senyum lebar. Bak kata Waris, Ompek satu sonyum lebar! Tambahan lagi dengan gol cantik dari Safawi Rasid, World Class Goal!

Kemenangan tersebut juga lebih menyakinkan skuad kebangsaan Malaysia untuk beraksi  pada perlawanan seterusnya menentang Papua New Guinea yang berada di ranking 159 dunia. 

Sehingga kini, kedudukan Malaysia masih berada di kedudukan ranking ke 138 dunia. Kedudukan itu akan dikemaskini kelak selepas perlawanan persahabatan ini berakhir. Kemenangan perlu dicipta bagi memperbaiki lagi kedudukan Ranking Dunia FIFA.

Selain itu juga, Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 dapat mempersiapkan Skuad Harimau Malaya dalam menghadapi saingan pusingan akhir Piala Asia 2023/2024 AFC Asian Cup yang dijadualkan akan berlangsung mulai 12 Januari 2024 di Qatar.

Ia juga sebagai strategi bagi memastikan skuad Harimau Malaya kekal berada dalam kelompok 25 pasukan terbaik negara Asia dan seterusnya terlepas dari bermain pada pusingan play-off kelayakan Piala Dunia 2026.

Sepak mula aksi perlawanan Malaysia vs Papua New Guinea akan disiarkan secara siaran langsung menerusi saluran TV9 dan saluran sukan Astro Arena. Pra rancangan perlawanan akan bermula pada jam 8.30 malam.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, penonton boleh menonton perlawanan Malaysia vs Papua New Guinea secara live streaming menerusi www.tonton.com.my, www.xtra.com.my/live-tv/ atau muat turun aplikasi di Google Play atau Apple Apps Store.

Malaysia vs Papua New Guinea Live Streaming 20 Jun 2023

SIARAN LANSUNG PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK ANTARABANGSA 2023

Malaysia vs Papua New Guinea

Venue : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu
Waktu siaran : Selasa, 20 Jun 2023, jam 8.30 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : TV9, astro (CH149), myFreeview 109, Astro arena, Tonton dan Xtra
Link streaming : Live TV Xtra TV9

Pembelian dan harga tiket Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 2023 (Malaysia vs Papua New Guinea)

Pembelian tiket Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 Malaysia vs Papua New Guinea boleh dibeli melalui laman rasmi  tickethotline. Tiada penjualan tiket fizikal di stadium. Penjualan tiket bermula pada 1 Jun 2023.

Harga tiket
Terbuka : RM30
Kanak-kanak : RM5 (6-12 tahun)

Keputusan masa penuh Malaysia vs Papua New Guinea

FT : Malaysia  (10)  (0)  Papua New Guinea
 Safawi Rasid (P) 45 + 4'
 Paulo Josue 52' 64' 70'
 Arif Aiman Hanapi 57' 60' 87' 89'
 Faisal Halim 59'
 Daniel Ting 76'

Tags:

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)