Telefilem Cik Som Ongah (TV2)

Azhafizah MN
By -
0
Tonton Telefilem Cik Som Ongah, telefilem ulang siaran pada hari Selasa, 13 Jun 2023, jam 9.00 malam di slot Drama On 2 TV2. Telefilem Cik Som Ongah dibarisi pelakon Zila Bakarin, Ako Mustapha, Nazeera Sardi, Adam Shahz, Siti Fazurina, Zalfazin, Hazman Al-Idrus, Danny X-Factor dan ramai lagi.

Cik Som Ongah merupakan telefilem arahan daripada Sham JR dan terbitan Aisha Waryams Sdn. Bhd. ini juga juga boleh tonton online live streaming online di portal RTM Klik atau aplikasi RTM Klik.

TELEFILEM CIK SOM ONGAH

Waktu siaran : Selasa, 13 Jun 2023, jam 9.00 malam
Siaran TV/ Platform Penstriman : RTM TV2, astro (CH102), RTM Klik atau aplikasi RTM Klik
Pengarah : Sham Jr
Produksi : Aisha Waryams Sdn. Bhd.

Telefilem Cik Som Ongah TV2

PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS CIK SOM ONGAH

Telefilem ini dibintangi pelakon Zila Bakarin, Ako Mustapha, Nazeera Sardi, Adam Shahz, Siti Fazurina, Zalfazin, Hazman Al-Idrus, Danny X-Factor dan ramai lagi.

  • Zila Bakarin sebagai Cik Som

Telefilem Cik Som Ongah mengisahkan tentang Cik Som yang menjadi orang tengah dimana telah berjaya mengatur jodoh antara Hanisa dengan Faizal. Bukan itu sahaja, pasangan Suhaimi dan Marhayu juga berjaya dipertemukan jodoh mereka.

Pada masa sama, Cik Som bukan sahaja menjual jamu dan barang kemas, dia juga turut menjual kambing. Tetapi yang lebih diutamakan Cik Som adalah pencari jodoh.

Semuanya itu dilakukan secara percuma dan Cik Som sangat gembira dengan kepercayaan yang diberi kepadanya.

Kesibukan Cik Som mencari jodoh untuk orang lain menyebabkan rumah tangganya terjejas dan suaminya terabai. Cik Som terlepas pandang dengan tanggungjawabnya yang gagal dilaksanakan.

Masihkan ada kesempatan bagi Cik Som untuk mengubah keadaan? Ataukah dia gagal mengembalikan kebahagiaan dalam rumah tangganya sendiri? 

Ikuti kesudahannya pada hari Selasa, 13 Jun 2023, jam 9.00 malam di slot Drama On 2 TV2.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)