Filem Vik2ria Secret (2023)

Azhafizah MN
By -
0
Tonton Filem Vik2ria Secret, tarikh tayangan bermula pada hari Khamis, 15 Jun 2023 di pawagam seluruh Malaysia. 

Filem Vik2ria Secret merupakan filem arahan A.R. Badul dilakonkan oleh A.R. Badul sendiri dan barisan pelakon yang lain iaitu Ropie Cecupak, Annie Arifin, , Man Raja Lawak, Farez Adnan, Fiza Halim, Wan Gegau, Keena Mentor dan ramai lagi.

FILEM VIK2RIA SECRET

Genre : Komedi
Tarikh Tayangan : Khamis, 15 Jun 2023
Idea asal : A.R. Badul & Annie Arifin
Penulis skrip : Rosnie Yat Aedil Mohd
Pengarah : A.R. Badul
Produksi : Sheunik Sdn. Bhd.

Filem Vik2ria Secret

PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS FILEM VIK2RIA SECRET

Pelakon Filem Vik2ria Secret dibintangi oleh barisan pelakon dan pelawak A.R. Badul, Annie Arifin, Ropie, Man Raja Lawak, Keena Mentor, Wan Gegau, Che Mat Raja Lawak, Farez Adnan, Fiza Halim & Lan Siro dan ramai lagi.
  • Annie Arifin sebagai Viki
  • Keena Mentor sebagai Ria
Filem Vik2ria Secret mengisahkan tentang Viki, seorang anak yatim piatu yang pergi ke Kampung Honi dalam kegembiraan, namun berdepan perjalanan penuh dugaan. Dia telah bertemu Ria dan menjadi kawan karib sehingga membuka butik pakaian dalam wanita yang diberi nama 'Vik2ria Secret'.

TOK KK, ketua kampung dan Cross Dresser sedang rancak mahu bertanding untuk wakil tempatan (YB) dan seteru mereka ialah Zamri. Peluang cerah muncul buat Zamri dengan kehadiran Viki dan pembukaan butik tersebut.

Pelbagai kontroversi menyebabkan Tok KK bertindak tidak rasional dan menimbulkan kemarahan Viki yang kurang senang kenapa dia dan butiknya menjadi sasaran Tok KK, kononnya tindakan mereka mempunyai agenda yang merosakkan akhlak penduduk kampung.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)