Telefilem Pertama Dan Terakhir Di TV2

Tonton Telefilem Pertama Dan Terakhir ulang siaran pada hari Selasa, 6 Jun 2023 pukul 9.00 malam di Slot Drama On 2. Telefilem Pertama Dan Terakhir diterajui pelakon utama Amar Bahrin, Amyra Rosli dan Izreen Aminda. Dibantu oleh pelakon pembantu Kuna Muzani, Natashah Ismail serta penampilan istimewa pelakon Aznah Hamid.

Juga boleh tonton online Telefilem Pertama Dan Terakhir live streaming online di portal RTM Klik atau aplikasi RTM Klik.

TELEFILEM PERTAMA DAN TERAKHIR

Waktu siaran : Selasa, 6 Jun 2023, pukul 9.00 malam
Siaran TV/ Platform Penstriman : RTM TV2, astro (CH102), RTMKlik atau aplikasi RTMKlik
Penulis skrip : Rudy Imran
Pengarah : Rahila Ali
Produksi : Nafalia Corporation Sdn. Bhd.

Telefilem Pertama Dan Terakhir Di TV2

PELAKON DAN WATAK TELEFILEM PERTAMA DAN TERAKHIR

Pelakon Telefilem Pertama Dan Terakhir dibintangi pelakon Amar Bahrin, Amyra Rosli, Izreen Azminda, Aznah Hamid, Kuna Muzani, Natashah Ismail dan ramai lagi.

  • Amar Bahrin sebagai Mursyid
  • Amyra Rosli sebagai Erina
  • Izreen Azminda sebagai Annisa
  • Aznah Hamid sebagai Datin Rania

SINOPSIS TELEFILEM PERTAMA DAN TERAKHIR

Telefilem Pertama dan Terakhir mengisahkan tentang Murshid yang dimina oleh ibunya, Datin Rania untuk memenuhi wasiat arwah bapanya dengan mengahwini Annisa. Murshid menolak permintaan tersebut kerana sudah mempunyai teman wanita yang dicintainya sejak 10 tahun iaitu Erina.

Demi memenuhi wasiat ayahnya, Murshid membuat keputusan untuk berkahwin dengan Annisa tanpa pengetahuan Erina. Setelah berkahwin, Murshid mengabaikan Annisa dan berjanji kepada Erina yang dia akan mengahwini Erina setelah menceraikan isterinya.

Ikuti kisahnya dalam Telefilem Pertama dan Terakhir pada Selasa, 6 Jun 2023, pukul 9.00 malam di TV2.

4 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. dah tak boleh nak layan dah cerita lelaki kahwin kahwin ni..macam dah selalu sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kerap sangat cerita macam tu..Tapi ini ulang siaran. Ikut trend barangkali.

      Delete
  2. masa ni amar dgn amira belum kahwin lg kan?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال