Selamat Hari Bapa (Happy Father's Day) 2023

Azhafizah MN
By -
4
Panggilan Ayah, Abah, Papa, Daddy, Pak, Bapa, Bapak, Bak dan walau apa pun nama panggilan kepada lelaki pertama dalam hidup setiap anak merupakan figura penting yang perlu kita sayangi dan hormati kerana dia adalah insan yang banyak berkorban dalam kehidupan kita.

Selamat Hari Bapa 2023

Tarikh Hari Bapa (Happy Father's Day) 2023 di Malaysia jatuh pada minggu ketiga bulan Jun, iaitu 18 Jun 2022. Sambutan Hari Bapa bagi meraikan dan memberi penghormatan kepada kaum lelaki yang bergelar bapa, bapa saudara mahupun penjaga. 


Walau apa pun anutan agama seseorang, Ibu dan Bapa tetap dihormati dan dihargai kerana pengorbanan dan jasa mereka tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit. Pengorbanan mereka tidak akan mampu kita balas. 

Lazimnya sambutan Hari Bapa diraikan dengan pemberian hadiah kepada para bapa atau mengadakan aktiviti kekeluargaan.

Tarikh Sambutan Hari Ibu Dan Bapa 2023

Hari Ibu akan disambut pada Ahad kedua dalam bulan Mei, manakala Hari Bapa pula di sambut pada Ahad ketiga dalam bulan Jun.

Hari Ibu : 12 Mei 2022
Hari Bapa : 18 Jun 2022

Untuk menghargai jasa pengorbanan ibu dan bapa kita, tidak perlu menunggu pada tarikh sambutannya. Malah setiap hari kita perlu melakukan kebaikan kepada mereka tanpa mengharap apa-apa balasan. Hari-hari adalah hari ibu dan ayah.

Hukum Sambutan Hari Ibu Dan Bapa

Soalan : Adakah kita dibenarkan menyambut perayaan seperti Hari Ibu dan Hari Bapa? Jika boleh, apakah panduan untuk merayakannya?

Jawapan:
Firman Allah SWT:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَ‌ٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ ٱلْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا ﴿٢٣﴾ وَٱخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا ﴿٢٤﴾ رَّبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا فِى نُفُوسِكُمْ ۚ إِن تَكُونُوا۟ صَـٰلِحِينَ فَإِنَّهُۥ كَانَ لِلْأَوَّ‌ٰبِينَ غَفُورًا ﴿٢٥﴾

Maksudnya : Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah : Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil. Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu. Jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaub —Surah al-Isra’: 23-25

Ayat di atas menunjukkan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapanya iaitu mendoakan kesejahteraan mereka, berbuat baik, memberi bantuan yang sewajarnya sebagai mengenang dan membalas jasa ibu bapa atas pengorbanan mereka yang tidak ternilai.

Berkenaan dengan sambutan Hari Bapa atau Hari Ibu, suka dinyatakan bahawa :
  • Saya melihat isu seperti ini lebih kepada istilah sahaja di mana hakikat perayaan dalam Islam hanya dua, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji.
  • Berkenaan dengan memuliakan ibu bapa, ia tidak terhad pada masa atau tarikh tertentu. Malah kewajipannya adalah berpanjangan dan berkekalan sepanjang hayat. Justeru, perayaan seperti ini lebih menghampiri pengaruh Barat yang terpaksa mewujudkan perayaan bagi menghormati ibu dan bapa. Sedangkan bagi orang Islam, anjuran supaya memuliakan dan menghormati kedua ibu bapa sebenarnya sudah dititikberatkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah Nabi SAW, tanpa terikat dengan masa dan tempat.

Saya tidak menganggap bahawa merayakan Hari Ibu dan Hari Bapa sebagai perkara yang tidak dibolehkan. Tetapi hendaklah dengan menepati beberapa syarat :
  • Menganggap Hari Ibu atau Hari Bapa sebagai penghormatan tambahan buat mereka, bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada tarikh tersebut.
  • Tidak menjadikan ia sebagai satu bentuk perayaan dengan ertikata perayaan keagamaan, tetapi sebagai sambutan secara adat sahaja.

Sewajarnya seseorang Islam sentiasa menghormati ibubapa dan pada saat yang sama memahami ajaran Islam supaya ketaatannya sentiasa selaras dengan syariat Islam.

Akhukum Fillah,
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

sumber : https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2050-11

Post a Comment

4Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Selamat hari bapa untuk semua insan lelaki yang bergelar bapa.
    Ayah saya sudah 21 tahun kembali ke pangkuan-Nya. Hanya kenangan yang ditinggalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu.

      Segala kenangan itu pasti tidak dapat dilupakan.

      Delete
  2. Kenapa hari bapak tak sepopuler hari ibu?

    ReplyDelete
Post a Comment