Drama Malam Zulaikha Di TV3

Malam Zulaikha, drama seram terbaharu di Slot Samarinda TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10.00 malam mulai 8 Jun 2023. Drama Malam Zulaika diarahkan oleh pengarah Shuhaimi Lua yang juga pengarah Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri

Drama Malam Zulaikha merupakan drama terbitan Tanah Beris Film Production dan skrip ditulis oleh Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil.
Drama Malam Zulaikha | Janji yang tersimpul mati...
Drama melayu Malam Zulaikha bersiri 15 episod ini dibintangi pelakon Sweet Qismina, Adam Lee, Maria Farida, Ku Fridah, Fiza Thomas, Amyza Aznan, Syahmie, Danny Shah, Rahim Jailani, Vanidah Imran, Dilla Ahmad, Syahmimi Kaman, Azhar Amir, Rasyidah Jaapar, Zalfa Zin, Aisy, Kael, Damia Qaissara,Aiman Minsi dan ramai lagi.


Drama Malam Zulaikha Di TV3

DRAMA MALAM ZULAIKHA

Jumlah episod : 15
Mula siaran : 8 Jun 2023
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, pukul 10.00 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : Slot Samarinda TV3, astro (CH103), Tonton dan Xtra
Penulis skrip : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production

PELAKON DAN WATAK

Sweet Qismina, Adam Lee, Maria Farida, Ku Fridah, Fiza Thomas, Amyza Aznan, Syahmie, Danny Shah, Rahim Jailani, Vanidah Imran, Dilla Ahmad, Syahmimi Kaman, Azhar Amir, Rasyidah Jaapar, Zalfa Zin, Aisy, Kael, Damia Qaissara, Aiman Minsi dan ramai lagi.

  • Sweet Qismina sebagai Zulaikha
  • Adam Lee sebagai Izmir
  • Maria Farida sebagai Mustika
  • Ku Fridah sebagai Salbiah
  • Fiza Thomas sebagai Farah
  • Amyza Aznan sebagai Suria
  • Syahmie sebagai Haikal
  • Danny Shah sebagai Damia
  • Rahim Jailani sebagai Rahim
  • Vanidah Imran sebagai Wangi
  • Dilla Ahmad sebagai Juhara
  • Syahmimi Kaman sebagai Mi
  • Azhar Amir sebagai Ali
  • Rasyidah Jaapar sebagai Mak Som (Tua)
  • Zalfa Zin sebagai Mak Som (Muda)
  • Aisy sebagai Tok Bomoh
  • Kael sebagai Adib
  • Damia Qaissara sebagai Zulaikha (kecil)
  • Aiman Minsi sebagai Buyung

SINOPSIS DRAMA MALAM ZULAIKHA

Sejak mencecah usia 20 tahun, Zulaikha sering mengalami gangguan mistik. Menyedari perkara ini, Izmir iaitu rakan baiknya, telah mengatur pertemuan antara gadis tersebut dengan bapanya, Ustaz Rahim yang pakar dalam ilmu perubatan Islam.

Menerusi pertemuan tersebut, Ustaz Rahim telah mengesahkan bahawa Zulaikha mempunyai pendamping yang diwariskan kepadanya. Perkara ini telah mendorong Zulaikha untuk pulang ke kampungnya dengan segera demi mencari kebenaran. 

Izmir turut mengikuti Zulaikha ke kampungnya. Di kampung itu, mereka telah bertemu dengan nenek Zulaikha yang bernama Engku Salbiah. Kehadiran Zulaikha telah mencetuskan rasa curiga yang mendalam buat Engku Sabiah. 

Ini kerana 20 tahun yang lalu, dia telah menyihir menantunya Suria, supaya mandul. Maka tidak hairanlah yang Engku Salbiah tidak percaya bahawa Zulaikha adalah zuriat anak lelakinya, Ali.

Namun, kisah silam telah dibangkitkan dengan pendedahan oleh Mak Som, bidan yang telah menyambut kelahiran Zulaikha. Apakah yang bakal terjadi kepada kehidupan gadis ini?

Ikuti kisah Zulaika dalam Drama Malam Zulaikha di Slot Samarinda TV3 setiap Isnin hingga Khamis pukul 10.00 malam.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.