Koleksi Ucapan, Pantun dan Poster Selamat Hari Raya Aidiladha 2023

Azhafizah MN
By -
0
Tarikh Hari Raya Aidiladha 2023 di Malaysia adalah pada 10 Zulhijjah 1444 Hijrah bersamaan 29 Jun 2023 Masihi hari Khamis seperti yang telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. 

Hari Raya Aidiladha juga di sebut sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban iaitu perayaan penting yang di sambut oleh umat islam selepas meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 2023

Hari Raya Aidiladha di sambut bagi memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih anaknya, Nabi Ismail kerana ketaatannya terhadap Allah S.WT.

Melihatkan kesanggupan dan kesungguhan Nabi Ibrahim AS yang ingin menyembelih anaknya sendiri, serta-merta tempat pembaringan Nabi Ismail itu digantikan oleh Allah SWT dengan binatang kibas.

Sempena Hari Raya Aidiladha, tak lupa juga untuk kita mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha/ Hari Raya Haji/ Hari Raya Korban kepada keluarga, saudara mara, rakan taulan dan seluruh umat Islam.

Berikut koleksi ucapan, pantun dan poster Hari Raya Aidiladha yang boleh digunakan untuk kad ucapan dan caption di media sosial.

Koleksi Ucapan, Pantun dan Poster Selamat Hari Raya Aidiladha 2023

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha/ Salam Aidiladha

SALAM AIDILADHA 2023
“Dan bagi tiap-tiap umat telah kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, Maka Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilahkamu kepada-Nya. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah)” —Surah Al-Hajj Ayat 34

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2023
“Daging (haiwan korban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya adalah ketakwaan kamu. Demikianlah dia menundukkannya untukmu agar kamu mengagungkan Allah atas apa yang dia beritakan kepadamu. Dan sampaikanlah khabar gembira kepda orang-orang yang berbuat baik.”—Surah Al-Hajj 37

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2023
Saat berderai jatuh Titisan air mata suci IBRAHIM,
Melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL,
Dikala itulah bermulanya sejarah agung Erti sebuah PENGORBANAN

Semoga setiap pengorbanan kita di muka bumi ini demi sesuatu kebaikan akan mendapat redha Allah SWT. SALAM AIDILADHA 2023

“Jika inginkan kebahagiaan, kena korbankan diri untuk rasa keperitan, Kerana dalam setiap kesusahan, Allah akan hadirkan kemanisan.” SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2023

SALAM AIDILADHA 2023
10 Zulhijjah 1444H

تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ
َكُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ
مِنَ العَائِدَيْنِ وَالفَائِزِيْنَ


Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita pada tahun ini. 

Selamat Menyambut SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2023 buat seluruh Keluarga serta sahabat semua. Semoga ibadah korban kita kali ini dapat dilakukan dengan sempurna dan diberkati. Semoga segala ibadah yang dikerjakan diterima Allah SWT.

Semoga segala pengorbanan yang kita lakukan diterima Allah SWT dan menjadikan kita lebih dekat kepada-Nya.
تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2023

Saat berderai jatuh titisan air mata suci Ibrahim, Melihatkan keteguhan iman anaknya Ismail, Dikala itulah bermulanya sejarah agung erti sebuah pengorbanan. SALAM AIDILADHA 2023.

Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan di muka bumi ini demi sesuatu kebaikan akan mendapat redha Allah SWT. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2023

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2023
Ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua saudara Islam di atas muka bumi Allah. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dan memperingati tentang pengorbanan Nabi Ibrahim AS dalam menunaikan perintah Allah S.W.T untuk membuktikan ketaatannya terhadap Allah SWT. Mudah-mudahan ibadah korban kita kali ini dapat dilakukan dengan sempurna dan diterima Allah SWT.

Nabi Muhammad SAW bersabda :
“Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari dua hari (yang kamu sambut) itu iaitu; Hari Raya Korban dan Hari Raya Fitrah,” —Hadis riwayat Imam Abu Daud

Semoga tiap pengorbanan kita di muka bumi ini mendapat redha daripada Allah SWT. SALAM AIDILADHA 2023

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2023 kepada seluruh umat islam. Semoga kita semua dapat menghayati ibrah dan pengajaran atas peristiwa yang berlaku pada bulan Zulhijjah yang mulia ini.
كل عام وأنتم طيبين
تقبل الله ومنكم صالح الأعمال


Pantun Hari Raya Aidiladha/ Salam Aidiladha

Bulan Zulhijjah bulan mulia,
Disambut dengan penuh makna,
Aidiladha kini menjelma,
Semoga amalan kita semua diterima.

Mentari jingga awan berarak,
Bulan tiba bersilih mentari,
Ibadah korban kita semarak,
Moga diterima Rabbul Izzati.

Bulan Zulhijjah bulan mulia,
Disambut dengan hati gembira,
10 Zulhijjah kini menjelma,
Ucapan dikirim maaf dipinta.

Takbir bergema siang dan malam,
Tanda kesyukuran sekalian alam,
Raya disambut janganlah suram,
Aidiladha hari kemenangan ummat islam.

Lembu dan Kambing sedang menanti,
Untuk dikorbankan sekejap lagi,
Sucikan diri ikhlaskan hati
Semoga korban diterima ilahi.

Selamat hari raya Aidiladha saya ucapkan.
Kepada teman dan sahabat taulan,
Walaupun jauh dari pandangan,
Hilang dimata dihati jangan.

Terbang kedidi hinggap di dahan,
Dahannya rendah pohon kemiri,
Sejuta kemaafan ikhlas ku mohonkan,
Menyuci segala kekhilafan diri.

Cari cacing di bawah titi,
Buat umpan pergi mengail,
Ibadah korban kita hayati,
Lambang pengorbanan Ibrahim & Ismail.

Cantik sungguh bunga melati,
Disusun molek berhati-hati,
Bahagia sukar kita nikmati,
Tanpa berkorban sepenuh hati.

Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan.

Esok pagi hari raya.
Raya korban diberi nama.
Sama2lah kita bergembira.
Menyambut hari yang mulia.

Tangan dihulur maaf dipinta
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaafkan.

Merdunya zikir sebagai selingan,
Penyejuk jiwa dikala keseorangan,
Aidilfitri merayakan kemenangan,
Aidiladha pelengkap pengorbanan.

Pergi ke perigi membawa timba,
Sambil mengutip batangnya bemban,
Aidiladha esok menjelang tiba,
Mari menghayati maknanya korban.

Ketupat rendang diatas meja,
Segala juadah raya dah tersedia,
Walaupun tetamu tiada yg tiba,
Kita berjamulah bersama keluarga.

Duduk rumah bersama keluarga.
Walaupun tidak pergi kemana2.
Jangan susah hati dan berduka lara
Yang penting kita sihat sejahtera.

Ayam kampong tertelan sabun,
Terus ke hospital operation perut,
Ikhlas ku kirim serangkap pantun,
Mesra ikatan jalinan terpaut.

Anak kucing terpijak duri,
Menjerit-jerit macam nak mati,
Facebook dipost pengganti diri,
Tanda ingatan tak layu dihati.

Hulurkan tangan maf dipinta.
Sekiranya ada kesalahan hamba.
Walaupun yg ghaib mahupun nyata.
Hamba hanya insan biasa.

Sempena menyambut hari raya.
Tadahkan tangan doa dipinta.
Pada yang Esa lagi berkuasa.
Supaya bala dihapuskan segera.

Kera tunggal makan delima,
Rasanya kelat tidak terasa,
Laungan takbir kini bergema,
Tanda syukur pada yang Esa.

Poster Selamat Hari Raya Aidiladha/ Salam Aidiladha

Poster Selamat Hari Raya Aidiladha 2023

Poster Selamat Hari Raya Aidiladha 2023

Poster Selamat Hari Raya Aidiladha 2023

Poster Selamat Hari Raya Aidiladha 2023

Poster Selamat Hari Raya Aidiladha 2023

sumber ucapan dan pantun : theinspirasi | 1001ucapan
Tags:

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)