Telefilem Di Penghujung Sujud (TV3)

Azhafizah MN
By -
2
Tonton Telefilem Di Penghujung Sujud, telemovie ulang siaran bersiaran pada hari Sabtu, 24 Jun 2023, jam 10.00 malam di Slot Cerekarama TV3. Di Penghujung Sujud dibintangi pelakon utamanya Redza Rosli, Wan Maimunah, Ayda Jebat dan Fezrul Khan.

Turut dibintangi pelakon Ani Mayuni, Faez Nick, Mili Supina, Mellysa Liesa, Ikhlas Jalil, Feiyna Tajudin, Zalfa Zin dan ramai lagi.

TELFILEM DI PENGHUJUNG SUJUD

Waktu siaran : Sabtu, 24 Jun 2023, jam 10.00 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : Slot Cerekarama TV3, astro (CH103), Tonton
Penulis skrip : Zyza Backy
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.

Telefilem Di Penghujung Sujud  TV3

PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS DI PENGHUJUNG SUJUD

Redza Rosli, Wan Maimunah, Ayda Jebat, Fezrul Khan, Ani Mayuni, Faez Nick, Zaher Deck, Mili Supina, Mellysa Liesa, Ikhlas Jalil, Feiyna Tajudin, Syed Shafiq, Aren Yunos dan ramai lagi.
  • Redza Rosli sebagai Arif
  • Wan Maimunah sebagai Zainab
  • Ayda Jebat sebagai Zureen
  • Fezrul Khan sebagai Azmir
  • Ani Mayuni sebagai Zaharah
  • Faez Nick sebagai Sufian
  • Zaher Deck sebagai Fuad
  • Mili Supina sebagai Halimah
  • Mellysa Liesa sebagai Mona
  • Ikhlas Jalil sebagai Ikram
  • Feiyna Tajudin sebagai Myra
  • Syed Shafiq sebagai Fikri
  • Aren Yunos sebagai Doktor
Telefilem Di Penghujung Sujud menceritakan tentang kisah Arif yang cacat di kaki kiri dan tangan kirinya tidak kuat akibat kemalangan motosikal semasa merempit beberapa tahun lalu. Dia tinggal bersama ibunya, Zainab yang semakin uzur. 

Abang dan kakaknya, Azmir dan Zureen bekerja di Kuala Lumpur sebagai doktor dan jarang menjenguk mereka di kampung. Arif bekerja sebagai penjual burger dan sering menerima tomahan orang kampung kerana hidupnya tidak seperti adik beradiknya. 

Arif redha kerana kecacatan yang dia hadapi dan dia sanggup menjaga ibunya Zainab. Suatu hari, bekas kekasihnya datang menghantar kad kahwin kepadanya dan memerli dia masih di takuk yang lama. Dia pulang ke rumah memberitahu ibunya, agar ampunkan dia kerana tidak pernah membanggakan ibunya, dan pada sujud yang terakhir waktu Subuh, dia berdoa agar ibunya kembali sihat. 

Namun, apa yang terjadi selepas itu? Saksikan kesudahan Telefilem Di Penghujung Sujud di TV3.

LAGU TEMA (OST) DAN LAGU SISIPAN

Tajuk lagu : Astagfirullah
Penyanyi : Hafiz Hamidun

Tajuk lagu : Janjiku
Penyanyi : BrooTwinz

Tajuk lagu : Ibu
Penyanyi : IamNEETA

Tajuk lagu : Jaga dia untukku
Penyanyi : Fiena

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment