Semakan Keputusan SPM 2022 pada 8 Jun 2023 Secara Online Dan SMS

Debaran buat calon SPM yang telah menduduki SPM 2022 dengan persoalannya, bilakah keputusan SPM 2022 keluar? Masa yang ditunggu telah tiba. Tarikh rasmi keputusan SPM 2022 telah pun dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Tarikh rasmi keputusan SPM 2022

Tarikh : 8 June 2023
Waktu : bermula jam 10.00 pagi

Semakan Keputusan SPM 2022
sumber : KPM

Siaran langsung Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2022 yang akan disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg. Datuk Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali akan disiarkan di Facebook dan EduwebTV KPM pada hari Khamis, 8 Jun 2023 jam 9.00 pagi.

Seramai 403,637 orang calon telah mendaftar menduduki peperiksaan SPM Tahun 2022 di 3,355 pusat peperiksaan di seluruh negara. KPM juga telah melantik Seramai 131,318 petugas peperiksaan yang bertanggungjawab dalam penyelenggaraan dan pentadbiran peperiksaan SPM untuk menjaga integriti peperiksaan.

Bagi calon persendirian pula akan menerima keputusan peperiksaan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri yang berdekatan dengan tempat pendaftaran peperiksaan.

Cara buat semakan Keputusan SPM 2022

Semakan keputusan SPM 2022 boleh dibuat dengan 2 cara iaitu secara dalam talian (online) dan SMS.

1. Secara dalam talian (online)

Semakan keputusan SPM 2022 boleh dibuat dengan malayari laman web myresultspm.moe.gov.my . Pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran peperiksaan SPM, kemudian klik butang semak.

2. Perkhidmatan SMS

Semakan secara SMS boleh dilakukan mengikut format yang diberikan
Taip : SPM<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No Angka Giliran dan hantar ke 15888

Nota : Semakan keputusan SPM 2022 boleh dibuat pada 8 Jun 2023 mulai jam 10:00 pagi sehingga 14 Jun 2023 jam 6:00 petang. 

Cara mendapatkan slip keputusan SPM 2021

1. Calon sekolah

Untuk calon sekolah, keputusan peperiksaan SPM Tahun 2022 akan disampaikan di sekolah masing-masing bermula jam 10.00 pagi pada tarikh yang dinyatakan iaitu 8 Jun 2023. 

2. Calon persendirian

Calon-calon persendirian yang berkenaan akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan negeri tempat mendaftar peperiksaan SPM 2022.

Kepada semua calon-calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2022 boleh mendapatkan keputusan SPM masing-masing pada tarikh yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

Nota penting 
Laman web rasmi hanya untuk semakan keputusan SPM 2022 dan tiada cetakan slip keputusan peperiksaan SPM 2022.

Cara dapatkan slip spm yang hilang

Jika ada slip SPM hilang atau mana-mana sijik peperiksaan di bawah KPM, boleh dapatkan salinan yang baru melalui pautan : https://elp.moe.gov.my/ dengan bayaran sebanyak RM40 sekali dengan penghantaran.

Tahniah kepada calon yang mendapat keputusan yang cemerlang. Jika gagal, usah bersedih. SPM bukan penamat kejayaan. Masih banyak peluang untuk meneruskan pelajaran dan berjaya.

Jangan lupa datang awal dan pakai pakaian yang sopan. Ambil peluang untuk berjumpa dengan rakan-rakan dan guru yang sudah lama tidak bersua.

6 comments:

  1. Anak sedara Mrs. A salah seorang yang akan amik result SPM tu. Semoga yang mendapat keputusan yang cemerlang

    ReplyDelete
  2. alamak....berdebar nya.. next year MA pun extra berdebar la...sbb hero spm tahun ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak mak lagilah berdebar teruk. Sabar menanti tahun depan.

      Delete
  3. mudah mudahan afan beroleh result terbaik. aminnn

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.