Telefilem Rengkat (TV9)

Azhafizah MN
By -
2
Tonton Telefilem Rengkat ulang siaran pada hari Isnin, 19 Jun 2023, jam 8.30 malam di Slot Skrin di 9 TV9. Rengkat dibintangi pelakon utamanya Syukri Yahaya, Aprena Manrose, Syazwan Zulkifly dan Indah Emeerlda diarahkan oleh Heykal Hanifah.


baca juga
telefilem hantu don
telefilem laki aku drakula

TELEFILEM RENGKAT

Waktu siaran : Isnin, 19 Jun 2023, jam 8.30 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : TV9, astro (CH149), myFreeview 109, Tonton dan Xtra
Penulis skrip : Farhana Fauri
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Telefilem Rengkat TV9

PELAKON DAN SINOPSIS RENGKAT

Telefilem Rengkat menampilkan pelakon Syukri Yahaya, Aprena Manrose, Syazwan Zulkifly, Indah Emeerlda, Asry Azizan, Kamal Ibrahim, Faezah Elai, Haikal Danial, Haziq Daniel, Shaiful Adam dan ramai lagi.

  • Syukri Yahaya sebagai Rais
  • Aprena Manrose sebagai Yani
  • Syazwan Zulkifly sebagai Bard
  • Indah Emeerlda sebagai Indah

Telefilem Rengkat mengisahkan tentang Rais dan isterinya Yani hidup dalam serba sederhana. Mereka dikurniakan seorang anak iaitu Indah yang rengkat akibat daripda kemalangan semasa kecil. Suatu hari Rais diberhentikan kerja secara mengejut kerana dituduh menyebabkan kerugian kepada syarikat. Rais buntu memikirkan cara untuk mendapatkan duit untuk menampung keluarganya.

Perkenalan yang tidak disengajakan dengan Bard telah mengubah hidup Rais. Tanpa pengetahuan Yani, Rais telah mengikut Bard untuk meragut demi mendapatkan duit. Indah yang juga bisu tahu mengenai aktiviti ayahnya dan cuba untuk membantu ayahnya supaya berhenti daripada meragut.

Tanpa pengetahuan Rais, Bard sebenarnya telah merancang segala-galanya kerana mahu membalas dendam terhadap Rais yang pernah membulinya dulu semasa kecil sehingga menyebabkan dia rengkat.

Apakah perubahan yang mngubah hidup Rais sekeluarga? Saksikan Telefilem Rengkat di TV9.

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. x pasal2 rais jd peragut pula..jahatnya bard!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah padahnya bila terpengaruh dengan rakan sebaya kan..kesian Rais

      Delete
Post a Comment