Header Ads

Mendurian Lagi


Yaa...mendurian lagi. 2 hari berturut-turut ye menjamu durian. Semalam tu macam tak puas makan. Disebabkan itu, kita mendurian lagi. Durian udang merah idaman memang laju habis stok. Takpe, kita cuba durian IOI pula. Durian udang merah dan durian IOI ni sama je harga dia biasanya. Cuma berbeza dari segi rasa.

Kononnya nak membeli durian IOI tapi hanya ada sebiji je tinggal. Yang lain durian campur-campur dengan kod-kod berbeza. Dapat pula sebiji durian percuma. Tapi bukan durian eloklah. Macam dah buruk ditebuk ulat gitu dari pandangan luar kulit.

Mungkin ada isi lain yang masih elok. Orang memberi kita merasa. Andai ada isi yang elok kira rezekilah tu. Kalau dijual yang busuk buruk begitu mesti orang taknak beli. Dari dibuang begitu, baik jugalah diberi kepada pembeli.

Kali ni beli di kedai lain, Kedai tepi jalan utama depan pasaraya Segi Fresh Taman Bukit Coral Sikamat. Harga di kedai ni lagi murah. Tapi bukan durian udang merah lah. Udang merah awal nau sold out! Ramai yang minat dengan rasa durian merah ni agaknya kot.

Sebiji durian IOI dan 3 biji durian campur-campur. Sebiji lagi percuma tu tak tahulah durian jenis apa. Total 4 biji yang dibeli tak termasuk percuma tu, RM80. Kira bolehlah harga tu.

Durian pertama yang saya buka elok dan banyak ulas. Warna kuningnya agak pucat sikit. Tak pastu kod durian dia apa. Kita hentam je lah makan. Yang penting sedap.

Musim Buah Durian Jun 2023

Isinya random ada yang tebal dan ada yang nipis. Buah durian ni habis sebiji kami berdua makan. 

Isi buah durian

Ada jugalah pangsa kosong macam biasa. Tapi tak banyak lah. Puas hati juga makan. Yang sebiji percuma tu memang berulat dalamnya. Tapi ada sepangsa lah elok isinya, kucing tidur. Ada jugalah rezeki dapat makan.

Yang ni baru durian IOI, warna kuning jingga seperti ciri-ciri durian IOI. Sedap juga ada rasa pahit pahit sikit tu. 

Isi Durian IOI

Disebabkan semalam tu dah bantai 3 biji durian. Hari ni boleh masuk 2 biji durian je. Disebabkan semua durian tokey kedai dah belah, 2biji selebihnya isinya keluarkan masuk dalam bekas letak dalam peti ais. Esok-esok boleh sambung makan lagi.

Benda boleh simpan, kita simpan. Tak tergamak nak makan semua sekali harung. Alhamdulillah..kali ni puas hati makan sampai yang disimpan pun tak habis habis makan lagi sampai harini. Bila dah ada depan mata tak tahu bila nak makan. Bila tak ada tercari-cari. Kann...

Ini kalau balik Segamat lagi puas makan durian agaknya. Harap balik raya nanti masih musim durian lagi.

 

12 comments:

  1. Lunaknya isi durian tu fiza.... kuning pulak tu mst lemak manis ala amboi² eh... hehehe... mampu tengok je la sini x musim lg durian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok dapat tengok durian helok begitu kan KakMim. Kira bolehlah tu lemak manis ala amboi amboi.. Dapat durian udang merah lagilah lemak manis dia. Tak lama lagi sampailah musim dia kat sana.

      Delete
  2. Macam makan dalam syurga kalau dapat durian idaman!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nikmat betul dapat makan durian. Kalau tidak, dok berlegar legar je rasa nak makan durian tu.

      Delete
  3. Akak pun musim durian kali ni cuba macam-macam varieti. Tapi tak boleh nak ingat sangat rasa dia macam mana. Kecuali la letak semua depan mata, dan cuba satu persatu. Yang pasti, rasanya memang berbeza-beza walau rupa macam sama.

    Fiza cakap pasal durian simpan peti ais. Terus teringat akak pun ada simpan gak tu dari hari Sabtu, belum makan lagi ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah terlalu banyak jenis durian dan kodnya. Memang tak ingat lah cerita dia kak Ujie. Kalau letak depan mata pun mesti tak ingat juga melainkan yang terpaling sedap gitu.

      Hihi..itulah tu, harini baru saya makan yang dalam bekas. Masih sedap dinikmati. Jomlah kita menghabiskan dalam bekas tu kak.

      Delete
  4. Mendurian hari2 pun sanggup, sedap sangat buah ni, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...Hantu durian memang takde hal nak hadap hari hari kan. Layannn...

      Delete
  5. Replies
    1. Kalau durian elok sedap lagi dimakan. Biasanya buat tempoyak tu jenis durian yang kurang elok atau kurang sedap.

      Delete
  6. Teringin nak makan durian...tapi tu la...blom ada kesempatan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe kak, musim durian ni merata orang jual nanti. InshaAllah ada rezeki akak nanti.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.