Telefilem Arafah (TV3)

Azhafizah MN
By -
0
Tonton Telefilem Arafah ulang siaran Cerekarama TV3 bersiaran pada hari Jumaat, 30 Jun 2023, jam 10.00 malam di TV3. Telefilem Arafah menampilkan pelakon Nabila Huda, Keisha Laila, Luqman Hafidz, Ucop, Ku Faridah, Jasmin Hamid, Eizlan Yusof dan ramai lagi.

Boleh juga tonton online Telefilem Arafah secara strim live HD di Tonton dan Xtra atau muat turun aplikasi di Google Play atau Apple Apps Store.

TELEFILEM ARAFAH

Waktu siaran : Jumaat, 29 Jun 2023, jam 10.00 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : TV3, astro (CH103), Tonton dan Xtra
Pengarah : Raja Mukhriz
Produksi : Country Universal Sdn. Bhd.

Telefilem Arafah TV3

PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS ARAFAH

Pelakon Telefilem Arafah dibarisi Nabila Huda, Keisha Laila, Luqman Hafidz, Ucop, Ku Faridah, Jasmin Hamid, Eizlan Yusof dan ramai lagi.

  • Nabila Huda sebagai Arafah
  • Ku Fridah sebagai nenek Zah
  • Jasmin Hamid sebagai Kamariah

Arafah mengisahkan tentang kehidupan Arafah. Kisah bermula apabila Arafah bersama anaknya berusia dua tahun duduk di bangku stesen kereta api di Kuala Lumpur. Kemudian, muncul seorang gadis remaja bernama Shiren duduk di sebelahnya. Dia sedang memandang ke satu arah dengan riak wajah seperti ada masalah.

Melihat keadaan Shiren, Arafah terus terkenang kisah lamanya. Arafah dibesarkan oelh nenek Zah sewaktu berusia setahun hingga 13 tahun selepas ibu dan bapanya berpisah. Semasa di bawah jagaan neneknya, hidup Arafah sangat berdikari dan akhlaknya masih terkawal.

Disebabkan neneknya yang terlalu mengawal kehidupan remajanya, Arafah mula tertarik untuk menerima pelawaan ibunya yang menetap di Kuala Lumpur dengan kehidupan lebih ‘urban’. 

Nenek Zah kecil hati kerana selepas bersusah payah menjaga Arafah, begitu mudah dia memilih untuk tinggal bersama-sama ibu kandungnya, Kamariah di Kuala Lumpur.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)