Header Ads

Durian Udang Merah Yang Memikat Selera


Sejak pertama kali rasa durian udang merah, terus tersuka tanpa sengaja. Rasa durian udang merah kalah dengan rasa durian lain. Musang King pun kalah. Iyeee...Itu ikut selera sayalah. Selera orang kan berbeza.

baca juga
durian udang merah vs durian IOI

Cuma itulah, durian black thorn/ duri hitam belum pernah merasa lagi lah. Kotlah dah rasa, suka pula dengan rasa durian black thorn. Teringin nak rasa tapi nak membeli tu macam berat sikit. Harga buah durian bukan kaleng-kaleng. 

Sekali di timbang. haa kauu..ternganga mulut dengar harganya. Tapi nak rasa punya pasal, pejam mata je lah bayarnya pun.

Baru-baru ni ada juga beli durian udang merah. Sebab teringin punya pasal lah ni. Dah musim dia, haruslah terjebak sekali membeli. Kita pulak teringin durian udang merah. Belilah 3 biji dengan harga RM99 ringgit. Durian udang merah sekilo RM25.

Sepatutnya RM99 ada sen-sen gitu tapi tokey kedai kata RM99 jelah, cerita encik suami. Diskaun sen sen je lah dapat. Pun bolehhhh...Beli di kedai buah durian Jalan Jelebu berdekatan dengan Petrol pam Petronas.

Durian Udang Merah

Kita ni dahlah tak berapa pandai sangat tahu jenis-jenis buah durian. Kadang boleh jadi kena scam juga. Durian udang merah pun ada kod dia. Ada yang D13, ada yang D175. Saya pun keliru.

Cara kenal durian udang merah, berikut ciri-cirinya :
  1. Bentuknya bujur seperti bola ragbi
  2. Kulitnya berwarna perang gelap
  3. Mempunyai duri yang kecil dan berjarak
  4. Sukar untuk dikopek
Berbalik kepada cerita, agak kecewa jugalah sebenarnya beli durian udang merah ni. Walaupun rasa durian udang merah memikat selera tapi yang ni rasa dia macam kurang sikit. Lepas tu ada beberapa pangsa kosong begitu je.

Saiz je besar tapi rugi sikit sebab 2 biji pangsa kosong. Yang untungnya isinya tebal. Lupa pula nak digambarkan isi tu. Jadilah dapat buat rasa-rasa. Tapi macam tak puas makan pun ye. Kalau dah menghadap durian tak tahu bila nak berhenti melainkan habis.

Sebiji memang tak cukup. Kannn..Makan kena beringat. Tak pasal badan panas lepas makan. Yang berpantang tu jangan makan lebih pula ye. Kita ni pantang nampak durian...hihi... Dulu suka gila, hantu durian. Lepas tu benci. Tup tup boleh pula tersuka kembali.

Orang-orang dulu kata, jangan benci sangat nanti suka. Betullah tu bagai di kata.

8 comments:

  1. Anak buah sebelah isteri ada kebun durian. Hampir setiap kali musim memang dia akan hantar durian ke rumah. Baru-baru ni dia siap hantarkan gunakan Lalamove. ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Untung sangat tu. Rezeki dapat durian setiap kali musim.

      Delete
  2. D175 tu kod durian udang merah ori
    D13 tu durian golden bun (udang merah Johor)
    Kedua2nya berbeza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh macam tu. Terima kasih wak kongsi infonya. Sekarang dah jelas.

      Delete
  3. Saya hantu durian, tapi tak berapa kenal jenis durian.
    Sekarang sedang rindu durian yang tak gugur ke LD hihihii.
    Balik kampung minggu lepas, dapatlah juga merasa durian di Malaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita Kak Amie. Mana tahu sangat jenis durian. Yang tahu durian sedap. hihi...Harap harap cepatlah sampai di LD. Perjalanan jauh tu mungkin lambat sikit tibanya.
      Alhamdulillah dapat juga merasa sebelum balik LD.

      Delete
  4. Sedapnyaaa...dh 2 tahun x makan durian ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam susah nak dapat je durian udang merah kat sini. Kalau tanya penjual mesti kata habis. Terlajak laris ramai orang suka durian udang merah.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.