Telefilem Begitu Janji Tertulis (TV2)

Azhafizah MN
By -
0
Tonton Telefilem Begitu Janji Tertulis, telefilem ulang siaran sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba bersiaran pada hari Selasa, 27 Jun 2023, jam 9.00 malam di TV2. 

Begitu Janji Tertulis merupakan arahan dan skrip juga ditulis oleh Sabri Yunus dibintangi pelakon hebat seperti Khatijah Tan, Zamarul Hisham, Mohd Saidi Sabri, Putri Hanan Shahidah, Bohari Ibrahim, Rashid Jaafar, Marup Mustapah, Mazran Abdullah, Mohammad Ali Abdul Rahman dan ramai lagi.

Juga boleh tonton online Telemovie Begitu Janji Tertulis live streaming online di portal RTM Klik atau aplikasi RTM Klik.

TELEFILEM BEGITU JANJI TERTULIS

Waktu siaran : Selasa, 27 Jun 2023, jam 9.00 malam
Siaran TV/ Platform Penstriman : RTM TV2, astro (CH102), RTM Klik atau aplikasi RTM Klik
Penulis skrip : Sabri Yunus
Pengarah : Sabri Yunus
Produksi : Layar Consult Sdn. bhd.

Telefilem Begitu Janji Tertulis TV2

PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS BEGITU JANJI TERTULIS

Pelakon Telefilem Begitu Janji Tertulis dibarisi pelakon Khatijah Tan, Zamarul Hisham, Mohd Saidi Sabri, Putri Hanan Shahidah, Bohari Ibrahim, Rashid Jaafar, Marup Mustapah, Mazran Abdullah, Mohammad Ali Abdul Rahman dan ramai lagi.
  • Khatijah Tan sebagai Mak Jah
  • Zamarul Hisham sebagai Ayub
  • Mohd Saidi Sabri sebagai Abu Sahak
  • Puteri Hanan Shahidah sebagai Embun
  • Bohari Ibrahim sebagai Pak Uda
  • Rashid Jaafar sebagai Pak Akob
  • Marup Mustapah sebagai Senin
  • Mazran Abdullah sebagai Pak Imam
  • Mohammad Ali Abdul Rahman sebagai Pak Tahir
Begitu Janji Tertulis mengisahkan tentang seorang ibu tunggal, Mak Jah yang mendapat tawaran mengerjakan haji bersama suaminya dari Lembaga Tabung Haji. Malangnya suami Mak Jah baru sahaja meninggal dunia namun arwah sempat mewasiatkan agar salah seorang anak mereka menemani Mak Jah ke Tanah Suci. 

Sahak sudah 3 tahun tidak pulang ke kampung akibat perselisihan dengan Mak Jah. Ayub menolak untuk menemani ibunya dengan alasan tidak bersedia. Mak Jah sedih dan kecewa.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)