Telefilem Jam Tangan Paksu (TV1)

Azhafizah MN
By -
0
Tonton Telefilem Jam Tangan Paksu bersiaran pada hari Sabtu, 10 Jun 2023 jam 9.00 malam di Slot Panggung RTM TV1. Telefilem Jam Tangan Pak Su merupakan telefilem ulang siaran lakonan utama  Sharnaaz Ahmad, Puteri Rayyana Rayqa dan Armand Ezra.

Jam Tangan Paksu sebuah telefilem/telemovie arahan Rahila Ali yang diterbitkan oleh Megapine (M) Sdn. Bhd. Telefilem ini juga boleh tonton online secara live streaming di portal RTM Klik atau aplikasi RTM Klik.

TELEFILEM JAM TANGAN PAK SU

Waktu siaran : Sabtu, 10 Jun 2023 jam 9.00 malam
Siaran TV/ Platform Penstriman : Slot Panggung RTM TV1, astro (CH101), RTM Klik atau aplikasi RTM Klik
Pengarah : Rahila Ali
Produksi : Megapine (M) Sdn. Bhd.

Telefilem Jam Tangan Paksu

PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS JAM TANGAN PAKSU

Telefilem Jam Tangan Paksu dibarisi pelakon Sharnaaz Ahmad, Reen Rahim, Nazia Mustafar, Fauziah Nawi, Puteri Rayyana Rayqa, Armand Ezra dan ramai lagi.

Sharnaaz Ahmad sebagai Paksu Adam
Reen Rahim
Nazia Mustafar
Fauziah Nawi
Puteri Rayyana Rayqa sebagai Fatimah
Armand Ezra sebagai Ali

Paksu Adam seorang yang sangat garang dan ego. Dia belum berkahwin dan  bekerja sebagai pengawal keselamatan yang pergi balik kerja dengan menaiki basikal.

Fatimah dan Ali merupakan anak buah paksu yang kematian ibu dan bapa. Paksu Adam terpaksa menjaga mereka berdua kerana tiada ahli keluarga yang lain. 

Paksu seorang yang sangat garang dengan anak-anak buahnya. Tapi sebenarnya dia sayang. Kerana disebabkan oleh egonya dia menjadi seorang yang garang. Fatimah dan Ali berusaha untuk menambat hati Paksu mereka. Tapi berlaku satu kejadian yang menyebabkan Paksu naik angin.

Berjayakah mereka menambat hati Paksu? Ikuti kisahnya dalam Telefilem Jam Tangan Paksu Sabtu, 10 Jun 2023 jam 9.00 malam di slot Panggung RTM TV1.

LAGU TEMA (OST) TELEFILEM JAM TANGAN PAKSU

Lagu : Sumpah
Penyanyi : Naim Daniel

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)