Drama Jack Yusof (Astro Ria)

Azhafizah MN
By -
2
JACK YUSOF, sebuah drama siri terbaharu Astro Originals 8 episod mula bersiaran di platform On Demand dan Astro GO bermula 17 Jun 2023, setiap hari Sabtu bermula jam 12.00 tengah malam. Drama Jack Yusof juga akan bersiaran di saluran 104 Astro Ria mulai 26 Jun 2023, setiap hari Isnin, jam 9.00 malam.

Drama Jack Yusof sebuah naskhah yang sarat dengan elemen lucu dari pengarah Wan Hasliza Wan Zainuddin yang terkenal dengan drama komedi seperti Kampung People, Keluarga Iskandar, Hantu Raya Pergi Perang dan banyak lagi.

Menariknya, Drama Jack Yusof menampilkan kemunculan semula pelakon Datuk Rosyam Nor sebagai watak utama dalam drama bersiri selepas lebih 10 tahun tidak berlakon dalam drama bersiri. 

Drama Jack Yusof turut dibintangi pelakon Sharifah Husna, Raja Ema, Rashidi Ishak, Hafiz Halim, Fadlan Hazim, Adriana Adnan, Loganathan Kanabathy, Syed Muhammad Baqir, Uncle Samsuri dan penampilan istimewa oleh Che Puan Sarimah Ibrahim, Raja Azura, Zain Hamid, Angeline Tan, Zarina Anjoulie, Steve Yap, Taufik Hanafi, Dian Fernandez, Maca (Marsya), Haidar Hasanuddin dan Amy Nur Tinie.

DRAMA JACK YUSOF

Jumlah episod : 8
Genre : Komedi Kekeluargaan
Waktu siaran/Siaran TV : Sabtu, 17 Jun 2023, jam 12.00 tengah malam di On Demand | Isnin, 26 Jun 2023, jam 9.00 malam di Astro RIA (CH104)
Penulis skrip : Wan Hasliza Wan Zainuddin & Zuli Ismail
Pengarah : Wan Hasliza Wan Zainuddin
Produksi : KL Motion Pictures Sdn. Bhd.
Dipersembahkan oleh : Astro Shaw

Drama Jack Yusof Astro Ria

PELAKON DAN WATAK

Pelakon Drama Jack Yusof dibarisi Rosyam Nor, Sharifah Husna, Raja Ema, Rashidi Ishak, Hafiz Halim, Fadlan Hazim, Adriana Adnan, Loganathan Kanabathy, Syed Muhammad Baqir, Samsuri Shahrom, Che Puan Sarimah Ibrahim, Raja Azura, Angeline Tan, Steve Yap, Zain Hamid, Dian Fernandez, Kismah Johar, Maca (Marsya), Haidar Hasanuddin, Amy Nur Tinie, Taufik Hanafi, Zarina Anjoulie dan ramai lagi.

  • Rosyam Nor sebagai Jack Yusof
  • Sharifah Husna sebagai Aida
  • Raja Ema sebagai Salina
  • Rashidi Ishak sebagai Rahmat
  • Hafiz Halim sebagai Zain
  • Fadlan Hazim sebagai Syafiq Aidan
  • Adriana Adnan sebagai Suzy
  • Loganathan Kanabathy sebagai Ramesh
  • Syed Muhammad Baqir sebagai Firdaus
  • Samsuri Shahrom sebagai Tok Anjang
  • Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai Che Puan Sarimah Ibrahim
  • Raja Azura sebagai Rakmama
  • Angeline Tan sebagai Bos Aida
  • Steve Yap sebagai Director
  • Zain Hamid sebagai Assistant Director
  • Dian Fernandez sebagai Princess Lemuri
  • Kismah Johar sebagai Kismah Johar
  • Maca (Marsya) sebagai Peminat Syafiq Aidan
  • Haidar Hasanuddin sebagai Jack Yusof Muda
  • Amy Nur Tinie sebagai Suraya
  • Taufik Hanafi sebagai Banduan
  • Zarina Anjoulie sebagai Isteri ke-3 Jack Yusof

SINOPSIS JACK YUSOF

Drama Yusof mengisahkan tentang watak Jack Yusof, 52, seorang bintang filem terkenal yang berusia namun masih kelihatan muda kerana kerap gunakan Botox. Walaupun kaya dan digilai ramai wanita, Jack banyak lakukan kesilapan dalam kehidupan peribadinya, termasuk meninggalkan anak perempuannya, Aida ketika dia masih bayi.

Beberapa dekad berlalu bila Aida tiba-tiba muncul dan hubungi Jack untuk jadi walinya di majlis pernikahannya nanti. Jack berat hati namun bersetuju untuk bertemu semula dengan Aida dan keluarga Aida. 

Perjumpaan singkat itu menggerakkan hati Jack untuk lebih terlibat dalam kehidupan Aida, sehingga dia sanggup membeli dan berpindah ke rumah di sebelah rumah Aida. Walau bagaimanapun, tindakan Jack menyebabkan kegelisahan dan kehuru-haraan kepada bekas isterinya, Salina, dan suaminya Rahmat, yang telah membesarkan Aida sejak ketiadaan Jack.

Dalam usaha Jack untuk memperbaiki hubungannya dengan Aida, dia berdepan dengan kesilapan dan penyesalan masa silamnya dan belajar erti sebenar kekeluargaan, cinta dan kemaafan. Siri ini meneroka dinamik sistem keluarga, pertumbuhan peribadi, dan keampunan.

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment