Telefilem Ayyad Aisyah (TV3)

Azhafizah MN
By -
2
Tonton Telefilem Ayyad Aisyah, telefilem ulang siaran pada hari Sabtu, 10 Jun 2023 jam 10.00 malam di Slot Cerekarama TV3. Telefilem Ayyad Aisyah, telemovie arahan Osman Ali lakonan Zamarul Hisham, Watie Sadali, Ariff (Buntat), Indah Emeerlda dan ramai lagi.

TELEFILEM AYYAD AISYAH

Waktu siaran : Sabtu, 10 Jun 2023 jam 10.00 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : Slot Cerekarama TV3, astro (CH103), Tonton dan Xtra
Pengarah : Osman Ali
Produksi : Primeworks Studios Sdn. Bhd.

Telefilem Ayyad Aisyah

PELAKON DAN SINOPSIS AYYAD AISYAH

Ariff (Buntat), Indah Emeerlda, Zamarul Hisham, Watie Sadali, Syazuwan Hassan, Shasha Raman, Zailin Aqeesha, Naz Azmie, Hisham Ahmad Tajuddin dan ramai lagi.

  • Ariff sebagai Ayyad
  • Indah Emeerlda sebagai Aisyah

Telefilem Ayyad Aisyah mengisahkan tentang Ayyad yang berumur 12 tahun, merupakan seorang kanak-kanak lembam. Dia cenderung kepada aktiviti berkebun dan meminati bola sepak namun tidak ada kanak-kanak yang mahu bermain dengannya.

Ayyad mempunyai seorang adik perempuan, Aisyah yang berumur 8. Ayyad sanggup melakukan apa sahaja untuk adiknya begitu juga dengan Aisyah sanggup mempertahankan abangnya setiap kali dibuli.

Kehidupan mereka mula dilanda duka apabila mereka dipisahkan setelah ibu bapa mereka meninggal dunia. Mereka terpaksa melalui pelbagai keperitan. Aisyah sentiasa merindui abangnya sehingga dia mengambil tindakan untuk melarikan diri dari rumah keluarga angkatnya untuk mencari abangnya semula.

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment