PDRM vs Sabah Live Streaming 8 Jun 2023 LS14

Hari kedua minggu keempat belas Liga Super (LS14) 2023 menyaksikan perlawanan antara pasukan PDRM FC menentang pasukan Sabah FC yang dijadualkan berlansung pada hari Khamis, 8 Jun 2023 jam 9.00 malam di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Pasukan tuan rumah, Skuad Sang Saka biru akan melayani kunjungan pihak lawan Skuad The Rhinos dalam pertempuran merebut 3 mata berharga dalam Liga Super 2023.

Pada perlawanan yang lalu (LS13), PDRM FC berjaya merebut 3 mata penuh di tempat sendiri dengan jaringan 1 gol oleh Bruno Suzuki  pada minit ke-61 menentang Selangor FC. Kemenangan itu telah menjadikan pasukan PDRM FC naik satu anak tangga dengan 16 mata berada di tangga ke-9.

Kemenangan pasukan Kedah FC menentang Sabah FC dengan gol 2 berbalas 1 menyebabkan pasukan Sabah FC turun 1 tangga dalam carta Liga Super 2023.

Namun kekalahan tersebut bukanlah pengakhirannya. Kini perjalanan Liga Super sudah memasuki ke separuh akhir kedua. Dalam bolasepak apa-apapun boleh berlaku. Masih ada peluang untuk pasukan menambah mata dalam saingan Liga Super 2023.

baca juga
PDRM vs Selangor LS13
Kedah vs Sabah LS13

Pembelian tiket perlawanan PDRM FC vs Sabah FC

Bagi peminat dan penyokong pasukan bola sepak PDRM FC dan Sabah FC yang ingin menyaksikan perlawanan PDRM FC vs Sabah FC Liga Super 2023 LS14 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), boleh mendapatkan tiket secara online melalui laman rasmi www.tickethotline.com.my.

Jualan tiket secara fizikal di Gate 5 Stadium MBPJ

Harga jualan tiket
Terbuka : RM11 (Kanak-kanak), RM18 (Dewasa)
Grandstand : RM18 (Kanak-kanak), RM28 (Dewasa)

PDRM vs Sabah Live Streaming 8 Jun 2023 LS14

Siaran Langsung/ Live Streaming PDRM FC vs Sabah FC Liga Super 8 Jun 2023 LS14

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung PDRM FC vs Sabah FC Liga Super 2023 secara lansung menerusi saluran 803 astro Arena Bola atau astroGO dan platform penstriman Sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel seawal jam 08:30 malam bermula dengan siaran pra perlawanan.

Juga boleh menonton Perlawanan Siaran Lansung PDRM FC vs Sabah FC Live Streaming LS14 2023 di platform penstriman Sooka dengan melanggan pas 1 perlawanan berharga RM7.90.

Live PDRM FC vs Sabah FC (LS14)

Waktu siaran : Khamis, 8 Jun 2023, pukul 9.00 malam
Tempat : Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
Siaran TV/ Platform penstriman  : astro Arena Bola (CH803), astroGo dan Sooka

Keputusan masa penuh perlawanan PDRM FC vs Sabah FC Liga Super 2023 (LS14)

FT : PDRM FC (1) - (0) SABAH FC
Muhammad Nabil Ahmad Latpi 26'

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.